Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari fb Dr Maza. Tentang puasa. Sah atau tidak puasa bagi orang yang terlewat mandi wajib. 

Soalan
Dato' Dr, jika saya terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh apakah puasa saya masih sah?

Jawapan:
Jawapannya sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh telah masuk. 
Perkara ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. 
Rujuk hadis yang diwirayatkan oleh 'Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi S.A.W pada waktu pagi(Subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. 
"Bahawa Rasulullah S.A.W memasuki waktu Subuh dalam keadaan berjunub disebabkan jimak, bukan kerana mimpi, namun baginda tetap berpuasa",. (Riwayat Muslim. )

Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu Subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.
(Rujuk gambar di bawah)




Semoga bermanfaat :)