Saturday, August 01, 2015

RAYA 2015


Assalamualaikum.

Dah seminggu tak updated blog. Bukan saja tak nak updated. Tapi, ada alasan tersendiri. Bermacam-macam perkara yang terjadi dalam tempoh sebulan ni. Jadi, ambil masa sikit untuk mencari nafas baru. Heeee.

Rasanya tak ada lagi cerita raya kali ni. Tak sempat nak berkongsi. Slow-slow la updated kan.. Sebagai memori buat diri sendiri. 

Raya di kampung. Alhamdulillah dapat berjumpa mak ayah dan keluarga. Dapat melepaskan rindu yang bersarang di hati. Juga bertemu keluarga mertua. Cuma suami tak dapat balik. Tuntutan tugas,. Sedih tak dapat bersama suami di pagi raya, tapi bersyukur dapat jumpa keluarga. Jangan salah faham, suami saya yang meminta saya balik ke kampung beraya bersama keluarga. Jadi, tak timbul soal tinggal suami di pagi raya. Hihihi.. Terpaksa tulis jugak sebab ada yang salah faham dengan menganggap saya tinggal suami sorang-sorang kat Batu Pahat. Hihi. Aduhai...

Ok, kembali ke cerita raya. Tahun ni tak buat langsung kuih raya. Memang tak fikir pasal kuih raya tahun ni, sibuk hal pindah masa tu. Saya beli dua jenis biskut je tahun ni. Biskut nutella dan biskut cashew choc. Beli dekat Plaza Angsana, Jb. Tapi, cuba tengok kat bawah ni. Ada macam-macam biskut kan,? Hahaha.. Ambik biskut mak... Aduhai... 3 jenis mak bagi. Biskut almond london, biskut dahlia, dan biskut red velvet. Biskut dahlia tu feveret suami saya.. Biskut pertama yang habis. Tu pasal masa nak ambik gambar ni, dah tinggal sikit tu ha. Hihi. Biskut red velvet tu air tangan adik saya. Adik lelaki ok. Turun tangan mak la adik saya ni. Macam-macam boleh buat.. Biskut peanut butter tu pula kakak saya, Kakyang yang bagi.  Sebab tu walau beli 2 jenis kuih je, hasilnya ada 6 jenis! Terima kasih mak. Terima kasih semua ;) hihi. 


Ok, kat bawah ni pula ketupat pulut daun palas dan rendang daging. Ketupat tu mak mertua yang buat. Rendang daging tu pula mak saya yang buat. Sedap. Alhamdulillah, dapat juga suami merasa. Isteri bawa bekalan naik bas selama 11 jam tu. 


Tempeyek! Sedap. Tiap-tiap tahun mak buat. Bawa bekalan satu tin biskut tau ke Batu Pahat. Hihi. Balik kampung satu beg je. Balik semula ke Batu Pahat berbeg-beg. Hahaha. 


Alhamdulillah atas semua rasa yang terungkap pada raya kali ni. 



30 comments:

  1. Selamat hari raya, Ros! Sedapnya nengok ketupat palas tu!

    ReplyDelete
  2. Moment yang indah masa raya kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. ktupat daun palas dan rendang my feveret tu! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai buat sendiri tak ketupat daun palas tu?

      Delete
  4. wah siap mention tak tinggal suami tapi suami yg benarkan awk pulang beraya..itulah manusia kan suka jaga tepi kain orang.huhu..

    selamat hari raya maaf zahir batin..nmpk sedap semua kuih raya..rempeyek tu aduh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak;)
      iya kak. Ada yang berbunyi... Ermmmm

      Delete
  5. salam aidilfitri rose..
    xpela xde suami disisi..sbb komitmen kerja kan..tp ada family sekeliling kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak Lya... Alhamdulillah dapay beraya bersama keluarga

      Delete
  6. salam aidilfitri rose..
    xpela suami xde..sbb komitmen kerja kan...
    lg pon keluarga ade kan utk meriahkan suasana,,

    ReplyDelete
  7. heheheh ingtkan msh cuti raya lg...
    bekalan kuih raya dr kampung mmg la meriah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni cuti tak lama raya.. Dah naik keje.. Cuma cuti berblog ja. Hhahaah

      Delete
  8. biasalah komitmen keje..kawen gan askar begitu la..hehee

    ReplyDelete
  9. itu sudah mnjdi kebiasaan bab nagkut mengangkut
    ooo suami x balik ye.
    xpa. dlu masa ciksu kt jb, ciksu ddk sana. sbb ramai geng kedah. hihi. suami g kja kira ada geng la.
    setakat ni pnh raya haji j la kt sana. raya puasa, alhamdulillah blk juga.

    ciksu ada rasa sekut red velvet tu. sedap. pergi beraya rumah tokei kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros pernah dah rass raya di Jb.. Ros ok jer. Dah biasa ,.
      Sedap kan Ciksu biskut red velvet ;)

      Delete
    2. Ros pernah dah rass raya di Jb.. Ros ok jer. Dah biasa ,.
      Sedap kan Ciksu biskut red velvet ;)

      Delete
  10. Sedapnya kuih raya tu semua!

    ReplyDelete
  11. Salam syawal, tiap2 kali raya wajib ade ketupat palas tp Cikna xmkn pun....;-)

    ReplyDelete
  12. selalu beli serunding je kat angsana tu... kuih raya agak mahal!

    ReplyDelete
  13. ketupat palas dan rendang tu :)
    sedap nyer!

    ReplyDelete
  14. rendang untuk suami air tangan sendiri..11 jam dalam perjalanan..fuhh...suami wajib hargai ni

    ReplyDelete
  15. raya dah habis hehehe.. alamak ada gambar ketupat lak..
    ritu raya x puas makan ketupat.. laaaaa nak ketupat nak ketupat !!!

    ReplyDelete