Assalamualaikum.
Hari Sabtu lepas gi ambil ujian komputer untuk lesen kereta. Alhamdulillah, lulus... Dapatlah Lesen L. Insyaallah Jumaat ni start belajar bawa kereta di akademi memandu.. Moga dipermudahkan untuk bawa kereta. Sebab saya ni kosong bab memandu. Memang tak pernah langsung memandu. Untuk pengetahuan, saya belajar di Akademi Memandu Darul Takzim, Senggarang, Johor.
Ahad minggu lepas pula, kat office lama diadakan majlis perpisahan pegawai yang bersara dan bacaan Yassin untuk arwah rakan sepejabat saya. Saya pun turut dijemput, tapi tak dapat nak pergi sebab masa tu saya menghadiri ceramah KPP untuk lesen kereta. Kat bawah ni kek yang dorang beli untuk majlis tu. Sebab buat sekali sambutan hari lahir.. Carrot cake tu.. Sedapnya nampak. Tak dapat nak rasa...
Dah sebulan berpindah. Rindu rasanya pada kawan-kawan di Jb. Rindu suasana di office lama.
18 Comments
Tahniah&semoga berjaya.... Mahal x kos amik lesen skunk ni,Cikna amik lesen thn 03 moto kete cecah 2k tp abah yg sponsor,huhuu....;-)
ReplyDeleteTq Cikna!
DeleteRos ambik lesen kereta je, Rm 880. Promosi sempena pembukaan. Akademi memandu di Senggarang ..
good luck ya.. jgn mcm yui ada lesen tp jrg bawa..hihi..tp keadaan terdesak bru guna =)
ReplyDeleteTerima kasih Yui... Harap2 dipermudakan
Deletetakpe.. slow and steady.. good luck.. moga berjaya mendapat lesen penuh.. ;)
ReplyDeleteTq yer ;) harapnya begitulah ;)
Deletebaru nak amik lesen ke..katanya susah sekarang ni kena belajar macam2..tahniah ye!semoga cepat lulus dapat P pulak!
ReplyDeleteIya baru nak ambik... A'a silibus dia dah lain. Dah bertambah...
DeleteSS amik lesen L dua kali... He He He...
ReplyDeletehahahaha ok geng =p
Deletejangan gelabah tau ros..gudluck ye..
ReplyDeleteGood luck utk dpt P pulak yea... moga Allah permudahkan urusan...
ReplyDeleteHaih terliur pulak tgk gmbr kek tu...
alhamdulillah..tahniah dh past dpt lesen tu..
ReplyDeleteselamat belajar memandu.
ReplyDeletebest tau bila tau pandu kta sendiri :)
panjang langkah, bukan setapak aje hi hi hi...
yeay.chaiyok chaiyok
ReplyDeleteboleh lah. yang penting cool hihihi
good luck
alfatihah
selamat belajar memandu ros...tahniah kerana dpt lesen L...bukan senang tau
ReplyDeleteCT pun amek test komputer 2 kali.. free2 kena bayar balik.. gedik tol..
Deletecomel sngt la Kak Ros.. hehehe citer nanti k pengalaman kelas memandu..
ReplyDeleterempit kak jangan tak rempit =P