Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas gi ambil ujian komputer untuk lesen kereta. Alhamdulillah, lulus... Dapatlah Lesen L.  Insyaallah Jumaat ni start belajar bawa kereta di akademi memandu.. Moga dipermudahkan untuk bawa kereta. Sebab saya ni kosong bab memandu. Memang tak pernah langsung memandu. Untuk pengetahuan, saya belajar di Akademi Memandu Darul Takzim, Senggarang, Johor.  


Ahad minggu lepas pula, kat office lama diadakan majlis perpisahan pegawai yang bersara dan bacaan Yassin untuk arwah rakan sepejabat saya. Saya pun turut dijemput, tapi tak dapat nak pergi sebab masa tu saya menghadiri ceramah KPP untuk lesen kereta. Kat bawah ni kek yang dorang beli untuk majlis tu. Sebab buat sekali sambutan hari lahir.. Carrot cake tu.. Sedapnya nampak. Tak dapat  nak rasa... 


Dah sebulan berpindah. Rindu rasanya pada kawan-kawan di Jb. Rindu suasana di office lama.