Monday, August 03, 2015

SETAPAKKU MELANGKAH ...

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas gi ambil ujian komputer untuk lesen kereta. Alhamdulillah, lulus... Dapatlah Lesen L.  Insyaallah Jumaat ni start belajar bawa kereta di akademi memandu.. Moga dipermudahkan untuk bawa kereta. Sebab saya ni kosong bab memandu. Memang tak pernah langsung memandu. Untuk pengetahuan, saya belajar di Akademi Memandu Darul Takzim, Senggarang, Johor.  


Ahad minggu lepas pula, kat office lama diadakan majlis perpisahan pegawai yang bersara dan bacaan Yassin untuk arwah rakan sepejabat saya. Saya pun turut dijemput, tapi tak dapat nak pergi sebab masa tu saya menghadiri ceramah KPP untuk lesen kereta. Kat bawah ni kek yang dorang beli untuk majlis tu. Sebab buat sekali sambutan hari lahir.. Carrot cake tu.. Sedapnya nampak. Tak dapat  nak rasa... 


Dah sebulan berpindah. Rindu rasanya pada kawan-kawan di Jb. Rindu suasana di office lama.



18 comments:

  1. Tahniah&semoga berjaya.... Mahal x kos amik lesen skunk ni,Cikna amik lesen thn 03 moto kete cecah 2k tp abah yg sponsor,huhuu....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Cikna!
      Ros ambik lesen kereta je, Rm 880. Promosi sempena pembukaan. Akademi memandu di Senggarang ..

      Delete
  2. good luck ya.. jgn mcm yui ada lesen tp jrg bawa..hihi..tp keadaan terdesak bru guna =)

    ReplyDelete
  3. takpe.. slow and steady.. good luck.. moga berjaya mendapat lesen penuh.. ;)

    ReplyDelete
  4. baru nak amik lesen ke..katanya susah sekarang ni kena belajar macam2..tahniah ye!semoga cepat lulus dapat P pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya baru nak ambik... A'a silibus dia dah lain. Dah bertambah...

      Delete
  5. SS amik lesen L dua kali... He He He...

    ReplyDelete
  6. jangan gelabah tau ros..gudluck ye..

    ReplyDelete
  7. Good luck utk dpt P pulak yea... moga Allah permudahkan urusan...

    Haih terliur pulak tgk gmbr kek tu...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah dh past dpt lesen tu..

    ReplyDelete
  9. selamat belajar memandu.
    best tau bila tau pandu kta sendiri :)
    panjang langkah, bukan setapak aje hi hi hi...

    ReplyDelete
  10. yeay.chaiyok chaiyok
    boleh lah. yang penting cool hihihi
    good luck
    alfatihah

    ReplyDelete
  11. selamat belajar memandu ros...tahniah kerana dpt lesen L...bukan senang tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun amek test komputer 2 kali.. free2 kena bayar balik.. gedik tol..

      Delete
  12. comel sngt la Kak Ros.. hehehe citer nanti k pengalaman kelas memandu..
    rempit kak jangan tak rempit =P

    ReplyDelete