Thursday, August 18, 2016

RAMAI YANG MENCARI CHIA SEED

RAMAI YANG MENCARI CHIA SEED |Assalamualaikum. Bila Cik Rose berchia, chia, chia. hihihi.


Setiap pagi, bawa bekal ke office. Letak biji chia dalam sebotol air mineral. Kalau habis air tu, Cik Rose tambah je air sebab biji chia tu masih ada dalam bekas tu.




Nak jadikan rutin harian. Moga tak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam :)



Kat office Cik Rose, dah ramai yang amalkan.


Rupanya Chia Seed ni dah lama dah diamalkan. Cik Rose je yang baru tahu. Hikhik. 


Tak pasti ada tindak balas ke atas tubuh kita atau tidak selepas pengambilan Chia Seed ni. Bila tanya kengkawan ada yang kata tak de ape. Tapi ada juga yang jadi lawas. Apapun, ambil Chia Seed ni biar berpada-pada. Jangan over sangat. Takut jadi lain pula nanti. 



Sekali pandang Chia Seed ni macam biji selasih bila kita dah rendam dalam air. Tapi sebenarnya lain. Chia seed ni berbeza. Biji selasih tu sama je semua kan. Tapi Chia Seed ni kalau kita perasan, ada struktur yang berbeza. Ada biji warna putih. Ada berwarna hitam. 



Chia seed ni juga takde rasa bagi Cik Rose. Cik Rose boleh je telan. Hikhik.



Nanti nak belikan juga untuk mak Cik Rose di kampung ;)




2 comments: