Friday, August 12, 2016

PENIAGA ONLINE PERLU HATI-HATI DENGAN PENIPUAN RESIT

Assalamualaikum.

Beberapa hari ini, kecoh pula tentang penipuan resit oleh pembeli terhadap peniaga online. Yang Cik Rose kesalkan, penipuan ni siap dikomersialkan pulak. Ada pulak yang buat bisnes resit palsu. Macam kat bawah ni :



SUMBER: FACEBOOK

Makin menjadi-jadi pulak. Kalau dulu kecoh peniaga yang menipu pembeli. Ramai peniaga online yang terjejas dengan segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab. 

Kini, peniaga pula harus berwaspada dengan pembeli mereka. Bila terima resit pembelian, jangan terus nak pos barang tu. Hihi. Check dulu. Perlu lebih berwaspada! Biar kita kerja ni ada sistem. Lepas pembeli kata dah buat bayaran dan tunjukkan slip bank. Tugas kita check sama ada pembayaran tu dah masuk ke belum. Memang kena hati-hati. Sebab kita tak kenal siapa pembeli kita. Bila buat macam ni, kiranya macam 'win-win situation' lah. Sama-sama berjaga gitu! Hihihi.

Cik Rose pun suka beli online. Servis cepat. Jimat masa kita kan. Tak perlu susah-susah nak mencari kat luar. Semuanya di hujung jari!

Buat teman-teman yang berniaga online, Cik Rose ucapkan moga terus maju! 



5 comments:

  1. ishh sampai boleh buat bisnes resit bank.. memang peniaga kena lebih berhati2 laa selepas nih, takut terkena dengan pembeli..

    ReplyDelete
  2. adus... asyik nak menipu jer.. kesian kat peniaga... baru nak menapak, dah kene tipu.. huhuhu. dugaan.

    ReplyDelete