Tuesday, January 24, 2017

DAY 18 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - KENANGAN MANIS

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Bertemu lagi. Hari ni cabaran hari ke 18 iaitu kenangan manis. Ooo manisnya, manisnya senyumanmu. hihi.

Banyak yang manis-manis like candy! 

Tak tertulis Cik Rose jika nak senaraikan satu persatu di sini. Kenangan manis ni  subjektif. Sentiasa di ingatan kita kan. 
Emm apa yang Cik Rose nak kongsikan yer. 

Baru-baru ni Cik Rose masuk suratkhabar! Ha, manislah tu bagi Cik Rose. Pertama kali masuk surat khabar kan. Tu yang excited lain macam. Di kesempatan ni, Cik Rose nak ucapkan terima kaish pada Kak Mariam Karangkraf kerana sudi menemubual Cik Rose secara atas talian. hihi. Cik Rose hargai sangat kerana beri peluang ini. 

Cik Rose berbicara tentang perancangan kewangan. Kaedah menabung. Inilah dia keratan akhbar tu :




Surat khabar Sinar Harian, Edisi Ahad dalam sisipan Wow. Terpampang ha wajah Cik Rose, besar lagi tu :) hihihi. Menabung. Cara Cik Rose praktikkan dengan mengasingkan wang kertas hijau (RM5) dan wang kertas oren (RM20) di dalam suatu bekas. Bila kita dah buat, kita akan terkejut dengan hasilnya tau. Cik Rose akan kira setiap hujung bulan. Tak berapa berani nak simpan lama-lama. Sebulan sekali kira dan masukkan dalam akaun Tabung Haji. 

Cara korang menabung pulak macam mana?

Pembukaan tahun 2017. Moga sentiasa positif mengiringi perjalanan hari. Tahun 2017 ni, Cik Rose mengharapkan agar ikatan kekeluargaan dan persahabatan semakin erat. Saling menyanyangi dan saling melengkapi.
Sekian, cerita kenangan manis Cik Rose! Nak sambung nyanyi lagu Ooo manisnya...manisnya senyumanmu... :)


#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

2 comments:

  1. alhamdulillah.. yang manis2 tu sentiasa berpahat di hati. nak certa satu persatu memang tak kan habis la hehe

    ReplyDelete