Assalamualaikum.
Rasa terpanggil nak tulis tentang budaya membaca pada kali ni. Tertanya-tanya sendiri, ada tak yang suka membaca sekarang ni?. Surat khabar, novel atau apa sahaja bahan bacaan yang lain. Maklumlah sekarang ni ramai yang suka online je kan. Google je, lebih pantas kan.
Kalau dulu, ramai yang menjadikan membaca sebagai hobi, kan. Cik Rose sendiri pun suka membaca. Satu novel tu boleh habis dalam masa sehari kalau kena dengan jiwa. Hahaha. Novel dari Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan lain-lain keluaran Alaf 21 memang menjadi pilihan Cik Rose dulu. Berkongsi minat yang sama dengan kakak Cik Rose, Kakyang. Ada novel yang kitorang beli dan ada yang pinjam jer. Masa tu zaman sekolah menengah.
Hari berganti hari, musim pun berlalu, membaca bukan lagi menjadi hobi Cik Rose. Wah ayat nak gempak jer ni. Hihihi.
Tak tahu kenapa sekarang susah betul nak cari waktu untuk fokus membaca. Sebab Cik Rose tak suka kalau tengah membaca tetiba buat kerja lain, pastu sambung memabca balik. Tak feel! Sekarang ni, satu novel pun bercinta nak habiskan. Aduhai...
Novel kat bawah ni, novel adik Cik Rose. Novel kategori indi. Moga minat membaca dalam jiwa Cik Rose terus mekar hendaknya. hikhik.
Novel bertajuk Memabedah P. Ramlee karya Daniyal Kadir. Cik Rose baru baca sekerat. Walau tak tebal mana sebenarnya tu. Novel ni bukanlah biografi P. Ramlee tau. Jangan salah faham. Lebih kepada ulasan filem-filem terpilih P. Ramlee.
Membaca jambatan ilmu. Jom jadikan membaca sebagai amalan harian. Korang boleh je baca surat khabar ke, majalah ke, buku cerita ke kan.
Cik Rose pun sedang berusaha nak tarik minat membaca dalam diri ni. Sekarang ni, asyik berkepit je dengan handphone :)
6 Comments
Kena tengok novel juga nak bacanya hehe..
ReplyDeletedh lama tak membaca..mmbaca kt facebook ja la ni
ReplyDeletefae dah tak minat baca novel huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya hadapi masalah yang sama iaitu tak suka tengah syok membaca kena keluar buat kerja lain. Sekarang masih tetap beli buku tapi ntah bila nak baca tak tahu.
ReplyDeleteRietta masih membaca...tapi novel atau ilmiah bergantung pada apa yang dibeli...campur2 semuanya....
ReplyDeleteAssalam ..
ReplyDeleteSis mesti mmg amalkan 1 jam masa untuk membaca sebelum tido, xkira le canggih cmne pun tp mesti nak membaca buku jugaa ..