Monday, June 12, 2017

Berbuka puasa dengan Dominos Pizza | delivery Batu Pahat terbaik !

Berbuka puasa dengan Dominos Pizza-servis delivery Batu Pahat terbaik ! | Assalamualaikum. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Selamat berpuasa Cik Rose ucapkan. 

Cerita minggu pertama Ramadhan. Cik Rose berbuka ditemani anak sedara, Nel. Alkisahnya ada satu hari tu Cik Rose sakit kepala berpusing. Tak larat nak masak dan tak larat nak keluar ke bazar Ramadhan. Makanya, Cik Rose order dominos pizza. 

Cik Rose dah beberapa kali order dominos pizza delivery. Alhamdulillah, tidak pernah mengecewakan. Servis pantas dan mesra pengguna. Yang menghantar pizza pun berbudi bahasa. Pizza yang sampai pun masih panas. Cik Rose puas hati dengan servis delivery Dominos Pizza di Batu Pahat. 

Nak tahu Cik Rose order apa? Maklumlah order masa berpuasa, nafsu makan melonjak-lonjak. Itu nak, ini nak. Emm.. 

Cik Rose order 2 pizza saiz regular, spaghetti bolognese chicken dan fabulous four. 

Zoom sikit pizza nya. Extra cheese lagi!



Alhamdulillah kenyang. Sudahnya Cik Rose makan dua keping jer. Sesekali tekak nak pizza, layankan jer. Bukan selalu. Kalau selalu, nipis poket. Hihi. 

Nak order jugak? Dial 1-300-888-333

Nasib baik, kawasan rumah Cik Rose ni dalam kawasan untuk delivery. Kalau tidak, kenalah beli di restoran Dominos sendiri. 





3 comments:

  1. baru semlm dpt sms dari dominos tau, rose.
    ada offer rm40.
    lom lagi dpt green light dari asben aida.
    sebab dia nak berbuka nasi :)
    karang berlambak makanan, ditakuti x abis...

    ReplyDelete
  2. yummy...dah lama juga xmakan dominos...extra cheese yang menarik tu...

    ReplyDelete