Tuesday, August 08, 2017

Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya.

Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya. | Assalamualaikum. Agak panjang tajuk entry kali ni. Agak mendalam sebenarnya maksud yang tersirat. 

Benar kan. Rancanglah sebaik mana pun, kalau Allah tak izin, tak akan berlaku jua perancangan kita. 

Dah kenapa ni Cik Rose? 

Ok, jangan salah faham. Tiada sekelumit penyesalan atau kekecewaan di hati sebenarnya. Hihi.

Sebelum meneruskan penulisan, sebenarnya Cik Rose baru je balik dari menyertai Larian Negaraku Sehati Sejiwa 2017 di Batu Pahat ni. Pertama kali join larian-larian ni. Pengalaman baru buat Cik Rose. Ok, bab larian nanti Cik Rose cerita di entry lain.

Entry hari cuma nak santai-santai je. 

Cik Rose sepatutnya dalam cuti minggu ni. Dah rancang lama nak cuti sempena kepulangan suami dari satu ops di Sabah. Tapi, baru balik dua hari, suami dah dapat arahan ke Kuala Lumpur pula sempena Sukan Sea 2017. Hihi. Nak gelak pun ada. Mana taknya, dah kemas baju letak dalam beg nak pergi bercuti. Sekali, suami whatsapp ada suprise... Ha ha. Dalam hati dah agak dah. Rupanya betul. Cuti ditunda, perlu bersiap ke Kuala Lumpur. 

Jadi, Cik Rose kerja macam biasa, batal cuti. Sebab tu Cik Rose tak pernah booking-booking hotel ke ape. Orang kata, booking lebih murah. Tak ape lah, daripada "burn" duit, baik bayar lebih sedikit kan. Hihi.

Cik Rose tak merungut. Cik Rose faham kerjayanya. Apa-apapun, tugas mereka adalah nombor satu. Keluarga di bawahnya. Itulah sumpah ikrar mereka ketika menurunkan cap jari sepuluh. Cik Rose bangga dengan kerjaya mereka. Cik Rose sendiri pernah bertugas sebagai kerani di MINDEF, Cik Rose dah faham masa tu. Eh rindu pulak zaman kerja MINDEF!. 

Sebab tu masa drama Kapten Mukhriz yang ditayangkan di TV3 dulu tu, Cik Rose bengang jer. Tu semua fantasi, bukanlah realiti. Apa yang ditayangkan dari sisi gembiranya sahaja, tidak menyeluruh. Senang benar Kapten Mukhriz dapat cuti tau! Hihi. Jelessss kami isteri-isteri tentera di dunia realiti ni. 



Selamat berjuang Pahlawangku. Selamat bertugas buat semua anggota tentera, terutamanya Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia. Eh, yelah Cik Rose yang tulis, mestilah tulis unit suami sendiri. Hihi. Jangan marah noooo....

Insyallah, lepas habis bertugas sempena Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, akan dapat cuti. Alhamdulillah, moga dipermudahkan.


1 comment: