Monday, November 27, 2017

Positive Vibes : Do good for others

Assalamualaikum. Tajuk english lagi uols. Saje je sekali sekala kan. Apa salahnya. Kalau yang follow Cik Rose di instagram, mungkin perasan yang hashtag positivevibes banyak digunakan. Cik Rose sukakan hashtag tersebut. Kali ini, Cik Rose nak bawa di blog peribadi pula. 

Do good for others.
It will come back in unexpected ways. 


Cik Rose sendiri nak terapkan nilai tersebut dalam diri. Buat baik pada semua orang. Jangan memilih bulu. Jangan membeza-bezakan. Layanan sama rata harus diberi. 

Bila buat baik pada orang, mana tahu kita juga akan menerima layanan seperti itu. Tak naklah kita pula melayan orang lain dengan sikap yang kurang sopan. Bimbang kelak kita pula menerimanya. 

Korang... 

Pernah tak terasa hati dengan layanan orang lain pada diri korang? Kalau pernah, ni Cik Rose nak pesan. Macam tu lah juga apa yang dirasai oleh orang lain jika kita berbuat demikian. So, jangan sekali-kali buat benda yang kita tak suka terjadi pada diri kita. 


Debaran

Cik Rose tengah berdebar menanti sesuatu perkhabaran. Moga baik -baik sahaja hendaknya.. Amin. 

Cuti-cuti ni pergi mana? Cik Rose masih belum ada kesempatan nak menulis tentang percutian ke Cameron Highland baru-baru ni. Juga jalan-jalan ke Taman Rama-Rama di Melaka awal tahun hari tu. Delay memanjang. Bukan apa, bak menulis tentang itu kena bagi perhatian lebih. Gaya penceritaan tu kena baik. Gambar mesti nak lawa. Hihi. Sebab tu ambil masa sikit. Insyaallah Cik Rose akan kongsikan juga ya. Oh ya juga entry balik kampung. Hihi. Masih belum menulis.  

Hari ni cuaca mendung sahaja dari pagi di tempat Cik Rose. Sejuk je rasa. Moga kita semua  lakukan yang baik-baik, Insyaallah jadi yang baik-baik. 



1 comment:

  1. betul tu.

    yang paling penting, buatlah kebaikan kerana Allah Taala

    ReplyDelete