Tuesday, December 26, 2017

10 RAMD - PERBARISAN ISTIADAT MEMPAMER PANJI-PANJI REJIMEN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS


10 RAMD - PERBARISAN ISTIADAT MEMPAMER PANJI-PANJI REJIMEN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS. Assalamualaikum. Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas 10 RAMD telah diadakan pda 6 November 2017 di Kem Majidee Batu Pahat, Johor. Baru berkesempatan Cik Rose nak updated cerita ni dalam blog. Maklumlah kekangan masa katanya.


Perbarisan ni diadakan pada hari Selasa, 06 November 2017. Cik Rose siap ambil cuti untuk menghadiri perbarisan ni. Semangatlah sebab suami pun terlibat sama berkawad. Lagipun, Cik Rose memang suka tengok kawad-kawad ni, mulalah teringat memori kerja di MINDEF dulu. Aih memang Cik Rose rindu MINDEF. Nak-nak masa perhimpunan bulanan, memang excited sebab ada nyanyi lagu tentera! Hikhik.

Dalam entry ni banyak gambar perbarisan yang Cik Rose fokus pada Kompeni A, iaitu Kompeni suami Cik Rose. Maaf. hihi. Memang zoom dekat suami je masa tu. Cik Rose ni kan rabun jauh, masa hari tu siap berkaca mata Cik Rose. Baru clear nampak suami!


Masa hari tu, ramai juga para isteri yang turut hadir melihat perbarisan ni. Maklumlah Sambutan Jubli Emas kan. Semua tak nak lepaskan peluang melihat dengan mata sendiri. Seawal jam 7.30 kitorang penonton dah sampai. Masa tu hujan renyai. Korang nak tahu pukul berapa anggota tentera dah berbaris? Mestilah awal. Pukul 5 pagi suami Cik Rose dah keluar rumah rasanya.

Tapi, masa dah nak mula perbarisan, elok je cuaca. Redup. Hujan pun dah berhenti. Alhamdulillah. Apabila semua tetamu kehormat tiba, barulah majlis  bermula. 


Cik Rose datang dengan kawan. Tak habis-habis Cik Rose dok ambil gambar. Memang banyak. Tapi, tak adalah Cik Rose nak letak semua gambar di sini. Cik Rose selitkan beberapa keping sahaja. Buat kenangan sendiri. 


Cik Rose suka tengok perbarisan tentera ni sebab sok dengar bunyi muzik tu. Dum dum dum. Hihihi. Semangat tau!


Senjata ni pun Cik Rose ambil jugak gambar!


Sebelum perbarisan lagi, Cik Rose dah tanya kedudukan suami dalam barisan. Senang nak cari dari jauh. Kira je. 


Bila dah selesai perbarisan, semua anggota bergambar beramai-ramai. Kredit gambar dari Facebook Dr Puad Zarkashi.


Selesai je majlis, Cik Rose pun apalagi tak terlepas peluang utnuk bergambar dengan suami. Bukan senang nak bergambar dengan beliau dengan uniform ni. Kalau ada majlis-majlis tertentu je dapat bergambar bersama. Sebab suami Cik Rose bukan jenis yang suka bergambar formal gini. hihi. Nak selfie pun jenuh ajak sampai merajuk! Cik Rose pakai baju kurung warna hijau, mengikut tema warna uniform Tentera Darat gitu!


Di bawah ni Cik Rose kongsikan sedikit sedutan Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas 10 RAMD. Cik Rose ada kongsikan di youtube. Korang boleh subscribe channel youtube Cik Rose ---> CIK ROSE di youtube
Sikit je. Video penuh untuk simpanan sendiri sahaja. 
Selamat menonton!



Korang pernah tak hadiri sebarang majlis perbarisan rasmi? Bolehlah kongsikan dengan Cik Rose ya.



19 comments:

  1. Suka tengok peebarisan tentera..smart

    ReplyDelete
  2. Wah seronok lah tengok perbarisan gini. Bukan selalu dapat tengok kan. Biasa tgok kat tv ja..hihi

    ReplyDelete
  3. Mmg best tgk perbarisan kan...Sally kalau tgk kadang² tuu berair mata sbb rasa bangga..walhal xde kaitan pun dgn Sally..hahaha..tahniah utk Jubli Emas!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dpt tgk perbarisan.. Zaza pun biasa tgk kt tv je la.. Hehe.. Pbarisan tentera2 mmg smart2 kemas..

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt tgk perbarisan.. Kita dulu suka tgk sedare kita... Hehehe.. Tp skrg dah xdpt sbb dh meninggal ...

    ReplyDelete
  6. TB suka gak tengok perbarisan ni.. sebab semuanya teratur je berkawat.. baju pun kemas dan smart.. dulu masa sekolah join perbarisan mesti jeling2 geng pasukan beruniform lain sebab smart je dalam perbarisan

    ReplyDelete
  7. Tak pernah hadir pembarisan macam ni, tapi pernah join masa plkn dulu. tu dikira tak. hahaha iday jadi scout leader sebab suara lantang. Kemas betul gerakan pembarisan ni. Hehehe :)

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya event macam ni . Tak payah tunggu hari kemerdekaan kita dapat tengok pebarisan ni secara live depan mata

    ReplyDelete
  9. Kagum tengok kawad diorg..sharp je..elok je

    ReplyDelete
  10. Tak pernahbtengok depan2 perbarisan rasmi ni..dulu sekolah masuk perbarisan oernahla..hhehee

    ReplyDelete
  11. Shad mmg suka kawad2 ni. Dulu dekat Uni, masuk Pertahanan Awam. Alhamdulillah berjaya ditauliahkan. Kawad mmg best, tapi dia punya latihan, mmg berhari2.. muka pun burn.. hehe. Tapi kepuasan tu yg penting..

    ReplyDelete
  12. Cik en pon suka kawad2.. tgk2 berdisplin smua

    ReplyDelete
  13. Wah hilma x penah tgk berkawad mcm ni..if klu perbarisan masa merdeka tu ade la hehe..tp mcm best la berkawad ni sebenarnya..terigat dulu puteri islam pun ada berkawad siap menang daerah lagi hehe

    ReplyDelete
  14. menarik ni, teringat pula semasa tamat latihan abang saya dulu. salam kenal dari saya https://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  15. seronoknya airah suka pergi yang ada perbarisan macam ni.haritu suami tamat latihan pun excited tengok diaorang

    ReplyDelete
  16. Sukanya tengok perbarisan ni sebab teratur dan pakai uniform nampak kemas sangat. Teringat plak pengalaman berkawad.

    ReplyDelete
  17. SA dulu kan..pernah bercita-cita nak kawen ngan tentera..wakakakkaa...x leh ingat la..sebab apa tau..nak kawen pakai gaun putih lalu bawah pedang..ciss ngek la kalau ingat balik...

    ReplyDelete
  18. tak pernah join event camni. thanks Cik Rose sharing. memang smartkan tgk diorang berbaris dengan muzik iringan yang memang meremang.

    ReplyDelete
  19. Never attend before the Pembarisan. The only thing I have join is cadet. I think not so similar with Pembarisan. They look so smart.

    ReplyDelete