Saturday, January 06, 2018

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sedap dan Mudah di masak



Assalamualaikum. Selamat malam. Scroll gallery di hp, nampak pulak ikan siakap 3 rasa ni. Aih menggoda sungguh. Cik Rose masak masa mak datang rumah baru-baru ni. Jarang-jarang Cik Rose masak menu  ni. Bila dah teringin tu yang jadi tu. Tapi, masak kali ni tak letak nenas. Alasan sebab tak ada nenas kat kedai. Boleh? Hihihi. 



Ok, macam biasalah. Cik Rose bukan saja akan berkongsi gambar. Cik Rose juga akan berkongsi resepi. Untuk rujukan sendiri juga nanti. Kalau sebelum ni Cik Rose dah pernah sisipkan resepi ini dalam blog menggunakan dua ekor ikan. Kali ni, seekor sahaja. 


RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

1 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan ketepikan.


Bahan-bahan sosnya :

5 ulas Bawang putih -dikisar
2 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)
3 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak mana
3 batang cili merah (dikisar.)
Cili merah (dipotong )
Nenas ( dipotong kecil)- Cik Rose tak letak.
Timun( dipotong dadu)
1 biji tomato(dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong bulat) - tak letak pun tak apa. Tapi Cik Rose suka letak. 
Daun limau purut
Gula
Garam




CARA- CARA :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.
5. Masukkan nenas, tomato dan daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 
7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 
8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi..


Dah siap! 
Mudah kan. Korang mesti dah terror di dapur. Cik Rose ni masih bertatih.

Selamat mencuba!


7 comments:

  1. Wahhh sedapnya nampak rose. Lapar la pula

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la...

    pinjam ya resepi ni cuba.

    sebab itu hari pernah cuba sekali tak jadi.

    hehe.

    ReplyDelete
  3. kekadang takut nak cuba lagi...selalu je x menjadi...hihihiihih

    ReplyDelete
  4. lauk ni memang sedap, lagi2 ada org belanja

    ReplyDelete
  5. perhh kalo cam ni takde siakap, ikan talapia pun jadi ni :)

    Resepi Premium Untuk Orang Asia

    ReplyDelete