Tuesday, January 30, 2018

TIPS RAWATAN PEDIH ULU HATI YANG KITA PERLU AMBIL TAHU



Assalamualaikum. Pedih ulu hati. Korang pernah rasa tak? Cik Rose jarang kena, tapi beberapa minggu ni kerap pula. Sakit sangat rasanya. Tiap kali lepas makan, akan rasa pedih. Sampai Cik Rose kena urut-urut dada dan bahagian belakang badan dengan minyak, sampai sendawa. Ada masa, Cik Rose makan gel habatus sauda, Alhamdulillah rasa lega. 
Dek kerana sendiri rasa pedih ulu hati, maka Cik Rose kongsikan serba sedikit maklumat tentang pedih ulu hati ni. 


PEDIH ULU HATI
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)
Ada yang akan rasa sesekali selepas makan, dan ada pula yang kerap terjadi. Bahaya sebenarnya jika hari-hari kita rasa. 
Tanda dan Gejala
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan (ini yang Cik Rose rasa)
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak (pernah jugak rasa)
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Pencegahan
Sukatan pemakanan
  • Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet. Betul, Cik Rose ni suka makan pedas. Jadi, kena kurangkan lepas ni. 
  • Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
  • Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Apapun, memang kena ubah gaya pemakanan. Tak boleh makan banyak dalam satu masa. Dan juga tak boleh makan laju-laju. Sebab tu kita disarankan makan dengan kuantiti yangs edikit tetapi kerap kan. 

Alhamdulillah, sekarang dah tak rasa pedih ulu hati dah. Dua minggu kebelakangan ni memang kerap jadi. Sampailah Cik Rose makan gel habatus sauda, Alhamdulillah dah tak rasa dah. 

Pedih ulu hati tu, tak tahu nak cakap macam mana sakit dia. Tapi, memang tak selesa. 


15 comments:

  1. Kita xpernah kena lg ulu hati.. Tp bagus tips ni.. Boleh bgtau kat kwn kita...

    ReplyDelete
  2. ooo makan gel habatus sauda boleh ilang pedih ulu hati ye..

    ReplyDelete
  3. Akak pwrnah sekali kena.. Ya Allah sakitnya Allah saja tahu

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian sis

    ReplyDelete
  5. Bagus tip ni bagi yang sakit ulu hati kena jaga kesihatan dan ambil makanan yg berkhasiat

    ReplyDelete
  6. Kita pun tak pasti pernh kena ke tidak..tapi kdg pedih2 juga la sebb makan bnyak..hahaha

    ReplyDelete
  7. Moga dijauhi dari gelaja ni.. Tp apa pun tip ni mmg baik dan membantu untuk mengelakkan ia tjadi..

    ReplyDelete
  8. last kena pedih ulu hati masa mengandung..lepas bangun tidur mesti rasa pedih ulu hati..sekarang ni tak de la dah..

    ReplyDelete
  9. Jaga diri Cik Rose...pemakanan mmg bahaya skrg ni..sbb byk lemak tepu, minyak & kolesterol...Sally so far xde masalah lg..nnt nak note entry ni..risau masa depan kan

    ReplyDelete
  10. good sharing cik rose.. jangan lupa jaga pemakanan kita..

    ReplyDelete
  11. Cik en klu gastrik mmg skit hulu hati ni

    ReplyDelete
  12. Husband selalu kena pedih ulu hati ni. Nanti boleh cuba teknim kat dia..

    ReplyDelete
  13. Rsanya mcm tak pernah kena kut. Nyah la. Ke kita x tahu klau ada terjadi tu sebenarnya pedih ulu hati. 😅
    Apa2 pun tq atas info ni. Cuba elakkan apa yng blh. Amalkn mana patut.

    ReplyDelete
  14. Xboleh urut ke kawasan ulu hati yg pedih tu?

    ReplyDelete