Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Pagi ni nak cerita bab makan. hihi. Hari Ahad lepas, Cik Rose dan suami ke Warung D'Harmoni, Tongkang Pechah. Cik Rose baru pertama kali ke sana. Suami dapat tahu dari rakan-rakannya tentang warung ni. 

Apa yang specialnya Warung D'Harmoni ni? 
Gearbox. Ya, pelbagai hidangan berasakan gearbox. Peminat gearbox haruslah singgah makan di warung ni!

Menu di Warung D'Harmoni
Di sini ada nasi goreng gerabox. Korang boleh pilih nak nasi goreng biasa atau nasi goreng kampung. Nasi goreng tersebut dihidangkan bersama gearbox. Suami Cik Rose order Nasi goreng biasa Gearbox. Ada dua gearboxnya. Sedap kata suami Cik Rose.



Cik Rose pula tak makan gearbox. Maka, Cik Rose order Nasi goreng  biasa daging. Agak banyak hirisan daging dalam nasi goreng ni. Dan sedap. Cumanya lain kali nak order, nak cakap nak yang pedas. hihi. Malam tu makan kurang pedas.

Selain nasi goreng, ada juga mee, bihun, keow teow goreng. Dan tentulah ada gearbox. Cik Rose tengok meja berhampiran, ada yang order mee goreng gearbox. Nampak menyelerakan je mee goreng dia. 

Cik Rose singgah makan tu dalam pukul 8 malam macam tu. Warung ni sentiasa penuh jer. Ramai yang singgah makan. Kalau dari Batu Pahat, warung ni sebelah kiri. 

Nak lebih details, korang boleh cari di alamat di bawah ya.


Alamat :
Warung D'Harmoni
Kampung Seri Binjai, 
83010 Batu Pahat, Johor

Yang berada di sekitar Batu Pahat, bolehlah jadikan Warung D'Harmoni sebagai salah satu tempat makan wajib singgah. hihi.