5 PUNCA BADAN LESU DAN LETIH




5 PUNCA BADAN LESU DAN LETIH.|Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja.
Letih, lesu atau malas?

Kenapa Cik Rose tanya macam tu? Aduhai, entah kenapa beberapa hari ni Cik Rose rasa badan macam lesu. Bangun pagi rasa tak bermaya dan lesu. Kita ni dah dewasa, dan kita tahu apa beza letih, lesu dan malas. Apa yang Cik Rose rasa pagi-pagi ni adalah lesu. Tak tahu apa puncanya. Tapi, bila dah bangun dan lakukan aktiviti harian macam biasa, kelesuan tu hilang sendiri. Rasa macam biasa. Tapi, tak syoklah bila pagi-pagi rasa lesu. Boleh kebingungan tau.

Eh, selit sikitlah gambar burung serindit kita ni.. Bagi glemer sikit. hihihi.


Tertanya-tanya sendiri apakah puncanya jadi macam ni. Bila Cik Rose cari info, jumpa beberapa punca. Di sini, Cik Rose kongsikan bersama. Untuk rujukan sendiri dan juga perkongsian dengan korang. Mana tahu, ada yang rasa apa yang Cik Rose tengah rasakan ni.
Antara punca kelesuan, letih dan tidak dapat fokus adalah : 

o    Pemakanan yang tidak sihat
Jadual makan yang tidak tetap. Kejap makan, kejap tak makan. Makanan yang diambil pula sembarangan. Bukan makanan yang sihat. Mungkin juga kerap makan fast food. Tidak mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan air masak yang mencukupi. Menyebabkan badan kita akan berasa lesu dan letih.

o    Tekanan dan stress
Mengalami tekanan/stress. Sama ada di tempat kerja, di rumah tau dengan keadaan sekeliling. Bila stress, emosi sering terganggu. Berasa cepat marah atau kadang-kadang rasa nak menangis.

o    Insomnia
Sukar tidur malam. Rasa mengantuk, tapi susah nak tidur. Akibatnya kita tidur lambat dan menyebabkan kita berasa lesu pada keesokkan harinya.

o    Darah rendah/anemia
Mungkin juga kita mengalami darah rendah. Harus menjalani pemeriksaan kesihatan.

o    Mengambil kafein secara berlebihan
Minum kafein terlalu banyak. Seharusnya kita mengawal pengambilan kafien secara berkala.


Sebaiknya hindari perkara-perkara yang membawa stress. Jalani gaya hidup yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat, melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah. Ambil sedikit masa untuk bersenam atau melakukan hobi kita.
Nampaknya Cik Rose kena check balik apa yang menyebabkan Cik Rose jadi lesu beberapa hari ni. Rasanya macam tekanan/stress atau imsonia kot. Cik Rose sukar tidur malam beberapa hari ni. Entahlah kenapa. Risau jugak bila jadi macam ni. Menjejaskan aktiviti harian kan.

Moga semuanya kembali seperti biasa.


Post a Comment

6 Comments

  1. sukar tidur malam sebab tu badan kadang2 rasa lesu tu

    ReplyDelete
  2. mmg setuju, semua di atas tu menyebabkan letih mood keje pun jd swing je

    ReplyDelete
  3. PC pun ada ketika macam tu...lebih-lebih lagi bila PC kurang minum air...

    ReplyDelete
  4. Kena jaga pemakanan dan kerap bersenam tu.. mmg klau dah overwsight ke, rasa lemah ke, rasa letih sgt ke mmg ada la yg tak kena dgn gaya hidup kita ni..

    ReplyDelete
  5. moga kembali shat seperti biasa....

    ReplyDelete
  6. kalau terlalu penat buat kerja2 berat pun boleh jadi puncanya.
    Nak bangun pagi pun tak larat.

    ReplyDelete