ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW | MILIKI KULIT WAJAH SEPERTI WANITA KOREA! Assalamualaikum. Siapa minat tengok drama Korea? Cik Rose ni memang suka tengok, dan tiap kali tengok artis wanita Korea, mesti berbisik dalam hati. Hai, cantiknya kulit dia. Bersih jer. Kan best kalau dapat kulit bersih macam tu jugak.





Baru-baru ni Cik Rose diberi peluang untuk mencuba set penjagaan wajah dari Korea!   
ALTHEA BARE ESSENTIALS
Siapa yang tak teruja kan. Nak juga tengok sesuai ke tidak dengan wajah melayu Cik Rose ni. hihi. Tadaa... Melihat pada kotaknya yang berwarna pink lembut ni pun dah buat hati Cik Rose berbunga riang.



Apa yang ada dalam kotak Althea ni?

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine

  • The Contour Cleanser (150g)
  • The Primer Water (200ml)
  • The Fixer Cream (50g)
  • Bare Essentials Sample Sachet
  • Mirror
  • Althea Marble
Untuk lebih jelas, jom tengok video unboxing dari Cik Rose ni :


Suka betul Cik Rose dengan packaging Bare Essentials ni.Warna putih, nampak minima tapi menarik! 3 langkah penjagaan wajah yang amat penting. Kalau rajin, buatlah lebih seperti pakai mask, scrub, serum dan lain-lain. Tapi, yang asasnya adalah cuci wajah, pakai toner dan krim pelembab. 



Bila dapat sahaja set Althea Bare Essentials ni, Cik Rose berhenti perlahan-lahan pakai set penjagaan wajah sedia ada, kerana tak nak kulit Cik Rose terkejut. Korang pun janganlah main pakai je sembarangan. Nanti tak nampaklah perubahan dan takut pula kulit kita 'terkejut'.



Contour Cleanser  (RM23)

Langkah pertama, pembersih wajah. Jika melihat dari keterangan produk, ia :
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut untuk 
  • menghilangkan kulit mati dan memberi kulit baru yang halus mulus.
  • Mengandungi bahan seperti Ice Plant yang juga menghidrat dan membantu mengurangkan  kemerahan, manakala Lemon myrtle kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit.
  • Contour cleanser ini juga dapat memberikan wajah kita V Shape, dengan pemakaian yang berterusan.
Review Cik Rose
Sebaik sahaja kali pertama mencuba, Cik Rose tertarik dengan baunya seakan-akan lemon. Tekstur dia pun ada biji-biji tu. Best sangat bila cuci wajah, macam skrub pulak rasa. hihi. Selesai cuci muka, rasa sejuk je muka. Fresh! I like. Alhamdulillah, sepanjang penggunaan contour cleanser ni, kulit Cik Rose ok jer. Tak ada alahan apa ke, tumbuh jerawat ke. Elok jer, bersih. 
Teruskan penggunaan? YES. Akan diteruskan sebab memang betul-betul best. Dan tak sabar nak dapatkan V Shape. hihi.



Primer Water (RM43)

Langkah kedua selepas mencuci wajah, tentulah toner kan. Ia diformulasi “dewdrops” yang melembutkan kulit dengan perlahan-lahan dan menutupi jurang antara liang roma dan kulit. Ia juga mengandungi bahan seperti snow lotus yang mampu melicinkan dan mencerahkan kulit dan melancarkan keadaan kulit yang tidak sekata.

Review Cik Rose

Serius cakap, yang Cik Rose jarang sangat pakai toner. Beli beria-ia, pakainya tidak. Tapi, bila guna Primer Water dari Bare Essentials ni, lain pula. Asyik nak pakai jer. hihi. Best semacam! Tak buat wajah melekit dan terlalu lembab. So nice orang kata. Sekarang ni, setiap kali lepas cuci wajah, mesti nak pakai Primer Water. Cik Rose perasan, lepas pakai rasa lembut je wajah. Dan nampak licin jer. Teruskan penggunaan? YES. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Nak tampak glowing!



Fixer Cream (RM50)

Langkah ketiga adalah krim pelembab. Iya, itulah Fixer Cream. 
Ia mengandungi :
  • Trehalose – Humectant yang berkuasa mengekalkan kelembapan pada kulit 
  • Teh Hijau Liar – Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract – Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen 
Review Cik Rose

Nak displinkan diri sebelum ni pakai krim pelembab memang susah. Sebab kebanyakkan krim pelembab membuatkan wajah Cik Rose kelihatan 'basah' atau berminyak. Walaupun kulit Cik Rose adalah kulit normal, tapi memang tak sesuai kalau pakai krim pelembab. BErbeza dengan Fixer cream ni. Cik Rose pakai, ia tak membuatkan wajah Cik Rose berminyak tapi lebih kepada lembab dan lembut. Asyik nak pegang je wajah sendiri! hikhik. Teruskan penggunaan? YES. Bila pakai fixer cream ni, nak pakai foundation senang je blend. Cantik hasilnya!



Cik Rose sangat berpuas hati dengan Bare Essentials dari Althea ni. Dan Cik Rose berkongsi kebaikannya agar sama-sama kita cantik berseri. Tak nalah sorok-sorok kan. hihi. 

Dengan harganya yang amat berpatutan, kualiti yang terbaik, eh mana nari lagi kan. Cubalah langkah mudah penjagaan wajah Althea Bare Essentials ni. Gerenti tak cari lain. 



Althea juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition. Korang kenalah cepat, takut habis pula cermin tu. 

Untuk makluman lanjut dan pembelian bolehlah ke :

Website : http://www.althea.kr/
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea



#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials