Tuesday, April 10, 2018

Menerima Kunjungan Jawatankuasa Audit EKSA 2018

Assalamualaikum. Hari ni, 10 April 2018. Jabatan Cik Rose menerima kunjungan Jawatankuasa Audit EKSA peringkat negeri sebelum Jawatankuasa Audit Ibu Pejabat akan turun 2 minggu lagi. 

Bila sebut EKSA, ada banyak pendapat mengenainya. Kalau dulu, amalan 5S. Kini ianya adalah EKSA. Banyak penambaikan yang dilaksanakan. 



Untuk sudut EKSA, kalau dulu kita perlu menyediakan buku atau folder. Kini seiring dengan perkembangan teknologi, Sudut Maya telah diperkenalkan. Kebanyakkannya memilih dalam bentuk slide.

Namun, berbeza dengan Jabatan Cik Rose. Kamu memilih untuk membina sebuah blog untuk sudut maya EKSA. Jemput follow : eksakastambp.blogspot.com


Kalau korang peraaan url yang tertera adalah .sg. Hihi. Boleh jer buka. Banyak lagi maklumat dan penambaikan yang harus Cik Rose lakukan. 

Sebagai mengalu-alukan kunjungan Jawatankuasa Audit, kami telah menyediakan satu sudut khas dan membuat countdown seperti di bawah.


Apalagi, macam biasa. Pagi-pagi Cik Rose dah bergambar dengan replika tangan yang tertera url blog EKSA. Hihi. Alamak screen komputer boleh sleep pula masa ambil gambar ni. Hikhik.


Kebetulan, ramai pula yang berpakaian warna hijau. Go green gitu! Hihi. Memang tak rancang pun tau.

Audit bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam1.40 tengahari.
Banyak kalau nak tulis pasal Audit kali ni. Tapi, lain kali pulalah. Hikhik.



Tahniah buat semua warga kerja tempat Cik Rose bertugas di atas kerjasama kita. Moga berterusan semangat itu bagi memastikan kita adalah terbaik!


7 comments:

  1. wah..mesti sibuk kan cik rose..:)

    ReplyDelete
  2. Zmn study ada jgk bljr ttg 5s..skg dh eksa ye..

    ReplyDelete
  3. hari audit mesti sibuk seharian kan.. lama jugak ye dari pagi hingga tengahari.. tak lunch ke semua?

    ReplyDelete
  4. Cantik blog eksa..
    Senang ada blog gini org boleh cari di carian google utk dpt lebih info

    ReplyDelete
  5. jkdm bp ade guna sistem hrmis tak?

    ReplyDelete