Akhirnya pokok bunga Ros berbunga setelah sekian lama merajuk

Assalamualaikum. Selamat malam. 

Malam ni nak bercerita mengenai Mini Garden Cik Rose. Sebelum ini pokok bunga Ros galak berbunga. Mekar berkembang bersama-sama Daisy dan Orkid. 


Namun, dua bulan kebelakangan ini kemarau bunga. Mula menunjukkan tanda sakit. Aduhai... mengapa.. 

Memang Cik Rose agak sibuk kebelakangan ini. Tak sempat nak belai-belai dan luangkan masa di Mini Garden. Sekadar siram sahaja di waktu pagi atau petang. 

Kalau dulu, memang Cik Rose luangkan masa seminggu dua kali. Letak baja, sembur racun serangga, potong daun-daun yang tak elok. Hihi. 


Sejak Cik Rose tengok makin lama makin sakit pokok -pokok bunga Ros, Cik Rose jadi risau! 
Mula cari altenatif untuk membaik pulih pokok-pokok bunga Ros. Sayang tau kalau mati! 

Cik Rose mula memberi perhatian yang lebih. Potong dahan-dahan yang hampir mati. Buang daun-daun yang kekuningan. 


Letak baja untuk tanah dahulu. Dua tiga hari kemudian, mula letak baja bunga. Sembur racun serangga di sekitar pasu. 

Gembur-gembur tanah. Mula displin siram bunga setiap pagi. Dah tak nak buat kejap siram pagi, kejap siram petang. Hihi. 


Alhamdulillah, bila Cik Rose konsisten buat macam tu, pokok Cik Rose dah mula berbunga. 

Tapi, bila tumbuh pucuk bunga, dia tak nak berkembang pula! Eh kenapa ni ros-ros sayang...

Kecut je bunga-bunga tu tak nak berkembang!


Cik Rose pun mula buat kajian sendiri. Hahaha amboi ayat. Cik Rose tak pandai nak terangkan pada orang atau ajar bagaimana nak ubati pokok yang sakit. 

Pada Cik Rose, bila kita jaga pokok bunga, kita tahu macam mana keadaannya kan. Setiap pokok tak sama. Masalahnya juga tak sama. 


Cik Rose simpan air basuhan beras. Dan siram pada pokok-pokok bunga Ros pada awal malam. Sajalah bereksperimen sendiri. 

Nak tengok perubahannya ada tak.

Alhamdulillah, pokok-pokok bunga Ros mula berbunga dan berkembang. Cik Rose ada 5 pasu kesemuanya. Warna putih, merah, pink, pink bandung dan pink putih. 


Moga terus tumbuh dengan sihat. Sekarang ni dah mula berbunga. Tapi, masih ada daun-daun yang kekuningan. 

Ambil masa juga kan nak baik seperti sedia kala. Kuncinya adalah sabar. Jangan tergopoh -gapah. Cuba cari penyelesaiannya. 

Tapi janganlah sampai hari-hari letak baja yang berbeza. Nanti pokok tu pening tau. Hihi.


Sekarang Ros dah mula berbunga setanding dengan Si Daisy dan Orkid! 

Alhamdulillah.

Menjadi satu kepuasan bila melihat pokok-pokok bunga di Mini Garden Cik Rose berbunga mekar. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Barulah cik rose happy berbunga2 kan

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat bunga rose ni kan kak.. Hihi merajuk dia.. Tapi akhirnya mekar semula.. Dia nak kita belai2 bubuh baja.. Semoga bunga rose mekar sentiasa.. Satu kepuasan bila tengok bunga kesayangan hidup dan segar kan 😊

    ReplyDelete
  3. Amboi, pokok bunga pun tahu merajuk eh hahah

    ReplyDelete
  4. Betul..kalau sakit bunga kita pun rasa sakit..bagus cik rose cari penyelesaian nk baikpukih bunga2 ni..dah kmbali sihat dan kembang

    ReplyDelete
  5. bila baca entri ni rasa macam cik ros bercakap dan berkomunikasi dengan bunga2 cik ros je.. macam TB bercakap dengan kucen lah.. hihi.. bezanya cik ros bercakap dengan bunga.. yang tak bersuara. so sweet..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah cntiknya k.rose.. Kita suka tgk bunga2 rose ni tp nk bela nk jaga susah sbb kita takdan nk ngadap..sbb sini kene kebun.. Haha... Tp mmg cntik2 pndai k.rose jaga..suka kesemua wane tu...mendamaikan je tgk..

    ReplyDelete
  7. Bila dah keluar bunga rasa seronokkan rose. Bukan senang nak tanam dan jaga kan.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bunga rosenya, kembang dia nampak bunga tu sihat je

    ReplyDelete
  9. guna air basuhan beras mmg berkesan dik, teringat arwah nenek akak suka boh air basuhan beras kt pokok2 tanaman dia n semua jd subur2....

    ReplyDelete
  10. guna air basuhan beras mmg berkesan dik, teringat arwah nenek akak suka boh air basuhan beras kt pokok2 tanaman dia n semua jd subur2....

    ReplyDelete
  11. guna air basuhan beras mmg berkesan dik, teringat arwah nenek akak suka boh air basuhan beras kt pokok2 tanaman dia n semua jd subur2....

    ReplyDelete
  12. Cantiknya bunga rose bila mekar. Teringin nak tanam. Tapi macam tak sempat je nak jaga betul betul. Sebab pokok bunga ni kena belai dia betul.betul.

    ReplyDelete