Pengalaman main bola jaring, seronok ke? Amboi tajuk, ala-ala bagus gitu. Hihi. Bola jaring terlalu sinonim dengan kita yang bergelar wanita. Namun, tahukah anda yang Cik Rose tak pandai main bola jaring? Eh soalan ape daa.




Serius cakap yang Cik Rose tak pandai main bola jaring. Tak tahu pun fungsi posisi dalam permainan bola jaring. 

GS, GK, GD, GA, WA, WD, C.

Eh ape tu? 

Untuk lebih jelas, boleh tengok di bawah ya. 
Kedudukan pemain untuk sukan bola jaring.


Cik Rose sertakan keterangan untuk fungsi pemain-pemain sekali. Mana tahu ada yang tercari-cari juga kan.

PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. 

(a) PENJAGA GOL

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol  (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

(e) Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA)  juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.


Minggu lepas, ada perlawanan bola jaring antara kompeni anjuran BAKAT pasukan. Korang tahu kan Cik Rose isteri tentera.  Cik Rose pernah cerita sebelum ni.

Cik Rose mewakili Kompeni Alpha(A). Team merah. Merah membara uols. Walau tak pandai main, semua memberi kerjasama yang baik. Ada yang pandai main, tak lokek memberi ilmu tau. Sama -sama bermian dan berkongsi ilmu. I like it!

Kitorang semua ada 5 pasukan. Alpha, Bravo, Charlie, Markas dan Bantuan. Semua ada tema baju pasukan masing-masing. 

Bila berkumpul ramai-ramai di hari perlawanan tu, rasa best pula. Oh ramai rupanya kitorang ni. Hihi. Meriah jumpa kengkawan semua. 

Tadaa... team Cik Rose. Bergambar dulu. Menang gaya uols, bak kata teman Cik Rose. Hihihi.


Menang kalah adat permainan. Yang penting adalah kesan dari perlawanan tu sendiri. Saling kenal mengenali, saling berkerjasama. Best. Best.

Dari tak tahu, sekarang dah tahu macam mana nak main. Pengalaman tu yang penting. Manis sangat kan. Bila dah berlalu, itulah yang kita akan ingat. 

Seronok tengok orang yang pandai main ni. Melayang-layang je badan dorang, laju je pergerakan. Terbaiklah! 

Korang mesti pernah main bola jaring juga kan.