Thursday, June 07, 2018

REVIEW Shampoo Herbal Essence | White Strawberry & Sweet Mint

Assalamualaikum.

Shampoo. Orang kata jangan tukar-tukar selalu. Setialah pada yang satu. Hikhik. Tapi, sejujurnya Cik Rose tak mampu setia dengan satu jenama shampoo jer.


Pantang tengok iklan, review atau ke watsons/guardian, mesti mata ni melirik tajam ke bahagian shampoo. 

Mulalah tercari-cari apa yang best. Apa yang baru. 

Minggu lepas, Cik Rose ke Watsons. Kebetulan memang nak cari shampoo. Lama Cik Rose di ruangan shampoo. Mencari-cari yang terbaik untuk rambut ni. 

Eh, Cik Rose tertarik dengan satu shampoo dari Herbal Essences. Ada macam-macam jenis tau. Cik Rose kan penggemar jenis fruity, maka haruslah tertarik dengan White Strawberry & Sweet Mint. 


0% parabens, colourants, slicones and gluten. 

Cik Rose tertarik dengan bau dia. Manisnya. Manis ada mint-mint lagi! 

Packaging dia pun menarik. Cantik! Dan shampoo dia pun jernih, tak ada pewarna...


Cik Rose pun belilah. Harganya dalam RM22 lebih. Tak ingat harga yang tepat. 

Review Cik Rose

Baunya yang harum memang menyegarkan. Bayangkan strawberry tu kita letak kat kepala. Hihi. Yang bestnya ada mint, jadi kulit kepala terasa segar! 

Cik Rose berpuas hati dengan shampoo ni. Cuma, pendapat Cik Rose, kalau rambut panjang, memang kena pakai conditioner lepas pakai shampoo ni. Rambut lebih mudah diurus dan lembut jer. Kalau rambut pendek atau sedang-sedang, cukup dengan gunakan shampoo ini sahaja. 

Yang gemarkan bau fruity, memang harus cuba! Percayalah. 

Mungkin korang akan rasakan harganya sedikit mahal berbanding shampoo lain yang ada di pasaran. Namun, jangan risau. Ianya berbaloi. Guna sikit ja kan. Tahan lama. Dan dengan kesannya yang bagus, memang puas hati. 

~~~~

Korang guna shampoo apa? Jom share dengan Cik Rose. Cik Rose baru beralih arah ke Herbal Essence ni. Hikhik. 


2 comments:

  1. huurm mak guna Herbal Essense yang warna biru dan kadang2 dia tukar Pantene. okay kot dia x penah complain. CT guna Dove dan Body Shop. tapi Body Shop mahai so most of the time Dove la hehe..

    ReplyDelete