APA MAKSUD EAT CLEAN DAN MANFAAT MENGAMALKANNYA

APA MAKSUD EAT CLEAN DAN MANFAAT MENGAMALKANNYA| Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang dikehendaki, sebaliknya eat clean ni tetap dilakukan secara berterusan.
Dalam clean eating (eat clean), kita diharuskan mengambil makanan yang semulajadi, seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.
Seboleh yang mungkin juga perlu kurangkankadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.


Kaedah Memulakan Eat Clean


Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-
  • Makan dalam portion yang kecil, 5-6 kali sehari untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.
  • Mengambil protein yang lebih baik iaitu daripada sumber ayam, ikan, telur dan daging tanpa lemak.
  • Hindari semua makanan manis (gula, roti, kuih, kek,gula-gula, tepung putih, nasi putih dan sebagainya)
  • Hindari makanan berlemak jahat dan trans fat.
  • Hindari soda dan minuman tinggi kalori yang berasal daripada gula.
  • Hindari makanan yang mengandungi kalori yang tinggi, misalnya junk food (makanan ringan) dan yang digoreng terutamanya deep fry.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  • Perbanyakkan proses memasak dengan kaedah kukus, rebus atau panggang.

Faedah kita malakukan eat clean


  • Pengurangan kadar lemak tubuh (inch loss)
  • Pengurangan berat badan (weight loss)
  • Menambah tenaga
  • Kulit lebih sihat
  • Rambut lebih cantik berkilau
  • Tidur lebih nyenyak
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Menghilangkan stress
Sumber : EAT CLEAN


Kenapa Cik Rose ceritakan tentang Eat Clean  ni? Sebenarnya Cik Rose baru mencuba untuk eat clean. hihi. Baru  beberapa hari mencuba. Moga berdisplin hendaknya. hihi. Bukan mudah nak mengekalkannya. Nanti Cik Rose akan updated menu-menunya ya. 




Post a Comment

9 Comments

  1. Bilalah agaknya akak nak mula eat clean ni

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya, bukan senang nak disiplin

    ReplyDelete
  3. cuti sekolah ni baru plan nak eat clean and healthy food dan juga puasa
    berat semakin meningkat ni haha

    ReplyDelete
  4. Gula2 n roti tu selalu mkn.. Junk food pun hihi.. Tapi lepas ni kena usaha untuk kurangkan lah mknn2 mcm ni kan

    ReplyDelete
  5. eat clean memang bagus..kena tahan la beberapa hari..good luck cik rose..hehe ..kadang tegk makan eat clean ni pun sedap sebernarnya

    ReplyDelete
  6. ada baca tips, jangan diet sampai tak makan dan sakit tapi amalkan eat clean ni. so, kena la belajar masak masakan yang sihat, kurangkan garam minyak gula. hehehe sekarang tengah diet sebab plan nak pregnant, so dah start eat clean. hehe

    ReplyDelete
  7. Memang banyak manfaat eat clean, i also want to try to follow.

    ReplyDelete