Makan Cengkodok Viral Batu Pahat di Restoran Resepi Abah 1961

Makan Cengkodok Viral Batu Pahat di Restoran Resepi Abah 1961. Assalamualaikum.Cerita makan-makanlah sikit. Cuti-cuti ni, mana tahu ada yang nak jalan-jalan cari makan ke kan

Alkisahnya, agak lama juga Cik Rose dan rakan-rakan tak makan luar. Sebab kami dah mulakan rutin bawa bekal ke tempat kerja. Nak makan secara sihat. Moga terus berdisplin.

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas, Cik Rose tak bawa bekal. Maklumlah masa tu menjaga suami yang tak sihat. Jadi, memang tak beli lauk dan tak masak pun.

Makanya, hari Isnin tu kami makan di luar. Ke manakah destinasi yang kami tuju? 

Kami ke Restoran Resepi Abah 1961. 


Ada pelbagai menu di sini. Cik Rose memilih cengkodok, manakala kawan-kawan Cik Rose pula memilih tauhu dan tempe serta rojak petis.

Pada Cik Rose, memang sedap. Kesedapannya terletak pada kuahnya kot. Dan juga cucurnya. Cik Rose tak pasti kenapa juadah ini dipanggil Cengkodok. Dia ada cucur, timun, tauge dan di siram kuah seakan rojak di atasnya. Emm makan panas-panas memang sedaplah!

Untuk korang yang berada di sekitar Batu Pahat, sudi-sudilah datang.Sedap dan menepati selera. Alhamdulillah. 

Menu lain juga ada seperti Nasi Ayam Penyet, asam pedas dan lain-lain.



Post a Comment

6 Comments

  1. dah lama tak ke batu pahat. duluu selalu ke sana. muar dgn batu pahat tuuu tak jauh mana pun.. hahaa. selalu ke sana sbb nak tgk wayang kat bp mall. heheh

    ReplyDelete
  2. Cengkodok? Mcm cekodok je.. mgkin sebutan kot.. apa2. Nmpak sodap sgtttt.. simple tp bl tgk tertelan air liur.. higi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Sally pun nak tanya yg sama...Sally tak pernah teroka lg Batu Pahat, paling jauh pi Kluang dengan JB je haa...

      Delete
  3. Zaza tak pernah gi johor
    ...Teringin jgk nanti jalan2 sana.. Kalau ada peluang blh singgah makak situ

    ReplyDelete
  4. Zira tak pernah lgi jejak batu pahat, sekarang nak berjalan pun susah. Masa belajar nak berjalan takde duit pula

    ReplyDelete
  5. Rupa dia macam rojak.. Ehhehe.. Lama tak p johor.. Nanti kalau datang johor nak cuvala

    ReplyDelete