Sunday, December 02, 2018

PROMOSI GEMPAK | Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?

PROMOSI GEMPAK | Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu? Bila tiba musim perayaan atau hujung tahun, banyaklah jualan murah. Sana sini ada promosi. Kita sebagai pengguna kena bijak memilih. Jangan terpedaya dengan promosi yang sengaja diada-adakan. Sedangkan ianya tidak benar. Indah khabar dari rupa gitu!


PRODUK YANG TERBAIK DAN BERKESAN


Ramai yang claim ayat ni kan. Jual apapun, banyak betul kegunaannya. Kitalah kena selidik dahulu, jangan main beli jer. Rugi duit tu nanti. Tak ada jalan singkat untuk ita dapatkan sesuatu. Lepas tu, testimoni yang bagus aje. Ramai yang cakap best, berkesan dan berbaloi-baloi. 


DISKAUN 50% HINGGA 70 % JUALAN PENGHABISAN STOK


Aduh duh,. siapa yang tak tergoda bila dengar diskaun banyak macam tu. Janganlah terus percaya. Korang tengok dulu, iye ke diskaun tu. Ke peniaga menukar tag harga untuk mengelirukan kita sahaja.





Ok, di sini, Cik Rose sertakan persoalan dan jawapan mengenai penipuan dalam perniagaan dari sudut promosi. Rujukan : SINAR HARIAN



SOALAN: Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?



JAWAPAN:  Tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Hukum Marketing (Secara Umum), Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah: 275.

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh, iaitu wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan).

Secara umumnya Islam sangat mementingkan nilai kejujuran dalam semua urusan seharian. Namun begitu, terdapat begitu banyak nas-nas yang menyebut secara khusus sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya kejujuran dalam urusan perniagaan dan jual beli. Antaranya, yang dinyatakan dalam Surah al-Rahman ayat 9.

Syeikh Tantawi dalam mentafsirkan ayat ini menegaskan bahawa ALLAH telah mensyariatkan keadilan dan melarang sama sekali untuk melanggar batasan. Seruan ini adalah untuk diaplikasikan sepanjang kehidupan terutama dalam timbangan (urusan perniagaan) yang mana urusannya sering berlaku sesama manusia. (Lihat Tafsir al-Wasit, 14/131)

Sebagai balasan terhadap kejujuran yang diamalkan dalam perniagaan, peniaga bukan sahaja mendapat keuntungan di dunia dengan keuntungan berlipat kali ganda dan mendapat kepercayaan daripada pelanggan, namun turut diberi keistimewaan secara khusus di akhirat.  

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan ALLAH hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan.

Kesimpulan, marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan. Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan




7 comments:

  1. Uiii, serious betul tajuk ni. Ada terfikir jugak pasal ni, sebab kebelakangan ni banyak betul teknik marketing yang ntah pape digunakan oleh founder2 produk.

    ReplyDelete
  2. Kdg2 tgok jugak sales2 yg diorg buat..kdg2 check tgok harga diorg bg tu reasonable x dgn diskaun gempak tu..cek dulu sblm beli bila ada promosi2 ni..kdg2 diorg ni menipu juga kan

    ReplyDelete
  3. Apa apa pun, kena berfikir dengan bijak. Macam kalau kita dah tahu harga biasa2 berapa, bila kata ada sale harga menjunam tu, dah tahu la ye ke tidak ada sale kan..

    ReplyDelete
  4. betul tu..jadilah pengguna yang bijak

    ReplyDelete
  5. Huish tk baik menipu tau, kesian kita. Kita ni sebagai pelanggan memang nak beki, dh kalau kene tipu, memg tak percaya dekat peniaga tu

    ReplyDelete
  6. Iya kan.. Sokong tu.. Kdg2 tgh sales padahal harga tak turun pun..

    ReplyDelete
  7. Part ni mmg kne amik serius.. Kalau tak mudah je kita kene tipu bulat2.. Lagi2 promosi yg skrg byk brand buat marketing sales ni..

    ReplyDelete