Makan Kacang Pool Yang Sedap di Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru

Makan Kacang Pool Yang Sedap di Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru| Assalamualaikum. Hai, lama Cik Rose tak menulis tentang Jalan-Jalan Cari Makan. Jadinya, hari ni rasa nak berkongsi satu tempat makan best dengan pembaca blog Cik Rose. 


Tempat Makan Best Di Johor Bahru


Ada banyak sangat kedai makan, warung, dan restoran yang memang best dan sedap di Johor Bahru. Syurga makanan! Kalau pergi JB, ade je tempat makan yang akan Cik Rose singgah. Nak singgah ke semua tempat, memang tak sempatlah. Jadi, kita singgah berperingkat. Hahaha.


Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru


Cik Rose duduk di JB kira-kira dalam 4 tahun macam tu. Dari tahun 2012 hingga pertengahan 2015. Jadi, dah banyak tempat makan yang dah Cik Rose terokai. Kali ni, Cik Rose nak berkongsi tentang Kacang Pool.

Pernah makan tak kacang pool? Cik Rose pertama kali makan kacang pool di Medan Selera Bomba, Larkin. Kacang Pool Haji.

Memang sedap. Makan waktu pagi, wah kenyang betul. Hihi. 

Beberapa hari lepas, Cik Rose ke Johor Bahru. Saja jalan-jalan ke sana sekejap. Singgah makan kacang pool di  Restoran Kacang Pool Haji Johor Bahru.


Alamat Restoran Kacang Pool Haji

No 12 Jalan Dato' Jaafar (Larkin)
80350 Johor BahruJohor




Alhamdulillah, dapat merasai lagi. Kenyang perut kami. hihi. Order dua set, dan suami minta extra roti. Makan ketika roti masih panas, memang terangkat. 

Suka dengan persekitaran kedainya. Tenang je, dan susun atur pun kemas. Perkhidmatan yang mesra dan cepat. Memang terbaik. ada pelbagai menu lain juga disediakan. Tapi, memang kami nak makan kacang pool sahaja kan. Sebab tu hanya order kacang pool.


APAKAH KACANG POOL ?


Kacang pool pada asalnya adalah hidangan timur tengah yang dikenali sebagai foul medammas.

perbezaan kacang pool dan foul medammas ialah dia menggunakan daging cincang kerana rakyat di negara ini menggemari daging di dalam setiap hidangan.

Bahan utama kacang pool adalah kacang buncis, telur goreng, daging cincang, bawang merah dan dicicah bersama roti bakar.

SUMBER : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/10/20/kacang-pool



Post a Comment

3 Comments

  1. kcg pool hj mmg terbaik lah... dia org pertama yg niaga kcg pool kt johor tu rasanya...

    ReplyDelete
  2. Marsha pun suka makan kacang pool. Tapi belum berkesempatan makan kat sini lagi.

    ReplyDelete