Tuesday, September 17, 2019

Mengapa Google Analytics Tidak Berfungsi Setelah Tukar Template?


Assalamualaikum.
Google analytics. Cik Rose rasa semua pun tahu kan. Lebih mudah kita nak track data jumlah pengunjung di blog kita. Kita boleh tengok entry mana yang banyak di baca, bilangan pengunjung dan lain-lain. Datanya lebih tepat.

Cik Rose memang berpandukan data dari google analytics. Nak dijadikan cerita, Cik Rose ada masalah dengan google analytics ni. Tiba-tiba Cik Rose tengok datanya kosong. Alamak.. Kenapa ni.

Mungkin nampak simple. Tapi, amat rumit bagi Cik Rose. Dok cari cara macam mana nak settlekan ni. Tanya Mr Google. Godek sana, godek sini. Tak dapat jawapan. Makan bulan juga nak jumpa jalan penyelesaiannya.

Akhirnya, baru Cik Rose teringat. “Oh, aku ada tukar template blog dulu!”

Tukar Template

Kenapalah tak teringat langsung!

Untuk pengetahuan, kalau kita tukar template, kenalah masukkan code google analytics tu semua. Memang Cik Rose terlupa tau. Tapi, code google adsense tak lupa pulak. Hahaha.

Hari ni, dah settle dah masalah Cik Rose. Senang je kan caranya. Tapi, dek kerana terlupa, macam-macam caralah yang Cik Rose dah cuba sebelum ni. Ubah itu, ubah ini.

Alhamdulillah dah settle masalahnya. Cara penyelesaiannya senang jer.

“Masukkan code Global Site Tag (boleh dilihat di bahagian setting Google Analytic ---> Tracking Code) ke bahagian SELEPAS <head> di dalam html template blog.”

Yeayyy dah settle. Google Analytic Cik Rose dah sembuh. Hihihi.


Cara Masukkan Code Google Analytics dalam html Template Blog

Buka Google Analytic


1. Tengok di bahagian setting. Klik Tracking Code. Di situ korang akan nampak code Global Site Tag.

2. Codenya macam ni:

<!-- Global site tag (gtag.js) - Google Analytics -->
<script async src="https://www.googletagmanager.com/gtag/js?id=UA-xxxxxxxxx-x"></script>
<script>
 window.dataLayer = window.dataLayer || [];
 function gtag(){dataLayer.push(arguments);}
 gtag('js', new Date());


 gtag('config', 'UA-xxxxxxxxx-x');

</script>

3. Code ini yang kita akan masukkan dalahtml blog nanti.



Boleh tengok gambar di bawah untuk lebih jelas. Gigih Cik Rose edit tau. Hihi.







Buka Dashboard Blog


1. Sekarang, korang  buka Dashboard Blog → Template ---> Edit html.

2. Tekan CTRL+F untuk pencarian code

3. Korang  search <head> .Ada di bahagian  atas.

4. Bila dah jumpa, korang pastekan code google analytics tadi di bawah  <head>. Bukan sebelumnya <head> tau.



Tadaaa dah siap! Selamat mencuba. Moga membantu korang yang ada masalah macma CIk Rose juga.

3 comments: