Sinopsis Filem Indonesia Jelita Sejuba (Mencintai Kesatria Negara)

Assalamualaikum. 

Bermain dengan emosi sendiri. Agak sensitif jiwa di kala ini. Pelbagai perkara yang datang satu persatu. Moga dipermudahkan semuanya. 

Bermula dengan terdengar lagu Menunggu Kamu nyanyian Anji. Lagu itu terus melekat dalam fikiran. Diulang dengar berkali-kali tanpa rasa jemu. Mungkin kena dengan situasi sendiri barangkali. 

Moga baik-baik sahaja suami dan rakan sepasukan di sana. Tanpa khabar berita, moga Allah lindung semuanya. 

Melihat muzik video lagu Menunggu Kamu, membuatkan Cik Rose ingin tahu. Kerana berlatarkan dunia ketenteraan. Eh jadi ingin tahu lah kan. 

Terus Cik Rose cari. Rupanya lagu ini menjadi lagu latar bagi Filem Indonesia berjudul Jelita Sejuba ( Mencintai Kesatria Negara). Filem ini ditayangkan pada tahun 2018.

Di sini, Cik Rose kongsikan sinopsis Filem ini. Mana tahu, ada yang berminat. 





Sinopsis Filem Indonesia Jelita Sejuba (Mencintai Kesatria Negara)

SUMBER : http://waktunyasheren.blogspot.com/2018/04/film-review-jelita-sejuba.html


Filem ini menggunakan bahasa Melayu, berkisah tentang sisi kehidupan seorang isteri tentera, Syarifah. Pertemuan awal mereka adalah ketika Jaka (Perwira) bersama tentera lain datang bertugas di desa mereka, iaitu Desa Sejuba. Syarifah ditampilkan sebagai gadis yang manis, ceria, dan tegar, juga (awalnya) tidak pandai memasak. Dia bersama dua teman lainnya yang sama-sama baru lulus SMA, menjalani rutin dengan menjaga warung, dan warung itulah yang sering didatangi para tentera ketika waktu luang, yang menjadi bibit-bibit awal pertemuan Syarifah dan Jaka.

Jaka adalah cinta pertama Syarifah dan Syarifah bertekad untuk selalu menunggu Jaka kembali. Jaka pun ternyata serius untuk menjalin hubungan mereka, sehingga akhirnya Jaka melamar Syarifah. Adiknya Syarifah awalnya sangat membenci Jaka dan tidak setuju jika kakaknya menikah dengan Jaka. Namun berkat keteguhan hati dua sejoli itu, mereka akhirnya mereka menikah.

Menjadi isteri tentera tentu tidaklah mudah, Syarifah sering sekali ditinggal suaminya untuk bertugas hingga keluar negeri. Bahkan saat melahirkan, Syarifah hanya ditemani oleh ibunya. Belum lagi masalah kewangan yang menimpa Syarifah dan Ibunya, serta adik Syarifah yang tiba-tiba menghilang, pergi meninggalkan Syarifah. Namun sebagai  isteri yang tegar, Syarifah tidak serta merta putus asa menghadapi hal itu, dia tetap berjuang, mendidik anaknya, dan menunggu. Selalu menunggu suaminya pulang.





Bila dah baca sinopsis, lagilah perasaan Cik Rose membuak-buak ingin tahu keseluruhan ceritanya. Jomlah sama-sama tengok. hihi. 


Khas untuk mereka yang bergelar isteri tentera. 

Bukan mudah untuk melaluinya. Hanya yang alami sahaja yang tahu. Moga terus kuat buat isteri-isteri tentera di luar sana. (termasuk diri ini). Moga kitta saling membantu pasangan kita dari segi sokongan emosi. Janganlah menambahkan kusut di hati mereka, tugas mereka sendiri dah berat. Kita lah para isteri yang harus memahami mereka. 

Namun, janganlah kesetiaan dan kekuatan kita dikhianati pula. Untuk para suami yang bergelar tentera, hargailah isteri dan jangan dipersiakan. 

Dalam kehidupan kita, perlu ada saling percaya dan lengkap-melengkapi. Kita bukan hidup berseorangan dalam alam rumahtangga. Pandai-pandailah kita memainkan peranan masing-masing. 


~ Mood rindu dan risau. Moga baik-baik di sana. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Semoga semuanya baik-baik aja ya untuk suami Cik Rose dan anggota yang lain. Macam menarik juga cerita nie kan..

    ReplyDelete
  2. Jalan ceritanya menarik juga..alaaa kak bagitahu la apa kesudahannya hehe.. Nak tauuu ahaha

    ReplyDelete
  3. Wow.. Nak twngoklah filem ni nanti.. Mcm best jer.

    ReplyDelete
  4. Macam best je cite ni bila baca sinopsis dia. Nampak gaya kena tgok ni

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik jalan cerita dia. Kehidupan & pengorbanan seorang isteri tentera. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  6. Macam best je cerita dia...nanti nak cuba layan lah

    ReplyDelete
  7. Nampak macam menarik je ni Cik rose. Nanti nak tengok juga la. Kita pantang kalau ada cerita macam ni. Heee

    ReplyDelete