Tips Bijak Pengurusan Kewangan Yang Anda Harus Tahu

Tips Bijak Pengurusan Kewangan Yang Anda Harus Tahu. Assalamualaikum. Hari demi hari, keperluan kita bertambah. Perbelanjaan seharian bertambah, dan menjadikan perbelanjaan bulanan juga meningkat. 



Kadang-kadang pening memikirkan bagaimana mahu menyimpan wang? Bagaimana cara untuk meningkatkan tabungan, kan. Apa yang paling penting adalah kita sendiri kena bijak membezakan antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu melayan keinginan hati. Berbelanjalah sekadar yang termampu. 

Kalau tak diuruskan dengan bijak, susah juga nak aturkan pengurusan wang. Bimbang belum habis bulan, kita dah 'sesak'. Sakit kepala memikirkan bagaimana nak menempuh hari-hari sebelum gaji akan datang. 


Di sini Cik Rose kongsikan bagaimana cara untuk kita menguruskan kewangan dengan berkesan. 


Elakkan berhutang 

Elakkan berhutang, terutama menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi. Jika korang guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi. Oh ini bahaya! Kadang-kadang kita berhutang pada perkara yang tidak perlu dan tidak penting. Selagi boleh elak, kita elak. Namun, jika ianya adalah keperluan, boleh jer kan nak berhutang. Contohnya rumah dan kereta. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Kereta memang dah jadi keperluan utama untuk kita bergerak. Pakailah kereta yang tidak membebankan kita dari segi bayaran bulanannya dan kos selenggaranya. 

Wajibkan simpanan

Simpan 10-20% dari gaji bersih setiap bulan. Pastikan kita ada simpanan kecemasan bersamaan sekurang-kurang enam bulan keperluan. Ini adalah penting. Kadangkala ada je yang berlaku yang memerlukan kita mengeluarkan wang simpanan. Tapi, jangan risau. Korang boleh je buat tabungan sendiri. Namun, ada juga tyang tak dapat nak asingkan wang simpanan dari gaji. Nak buat macam mana, komitmen setiap bulan tinggi dan menyukarkan kita untuk simpan. 

Membeli mengikut keperluan

Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga. Banyak barang bernilai berharga murah. Namun, taak salah sekali sekala berbelanja. Untuk 'reward' diri sendiri. Namun, janganlah hari-hari nak reward diri. hihi. Berbelanjalah ikut kemampuan korang. Kalau memang mampu, silakan. Kalau cukup-cukup je, lebih baik elakkan. Jangan ikut orang!

Jangan berhutang semata-mata untuk bercuti

Kalau kita berhutang, itu tanda kita tak mampu. Tangguh dulu niat tu. Lagi satu, tak ada salahnya jika kita bercuti dalam negeri dahulu. Jika kedudukan kewangan kita teguh, tak salahkan. Buat perancangan awal sebelum nak bercuti ke mana-mana. Barulah selesa sikit percutian kita tu, kan. Alang-alang nak bercuti, biarlah best. 

Urus duit secara betul 

Beli apabila ada duit. Kena sentiasa ingat ayat ni. Usah belanja pendapatan yang belum diperolehi. Belum gaji, korang dah nak beli itu, beli ini. A big no. Tapi, agak susah nak kawal diri. Hahaha. 

Sekian, sedikit tips dari Cik Rose. Moga bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

  1. utk aida:
    1. kad kredit - guna dan byr. aida guna utk 0% instalment. nowadays, byk merchant yg buat jv dgn bank melalui 0% instalment. instead of byr cash, aida guna kemudahan ni.
    2. saving dulu, baru byr bills. ada lebih utk belanja bulan tu. sikit, skit la belanja, cik rose.
    3. sejak 2016, aida ada saving khas utk holiday. lain dari belanja bulanan lain dari saving wajib. so, bebila nak holiday, ada da bajet.

    ReplyDelete