Monday, November 25, 2019

Tak kisah rakaman atau menyanyi live, suara Adira tetap sedap

Tak kisah rakaman atau menyanyi live, suara Adira tetap sedap



Adira. Ada yang tak kenal Adira ke? Adira merupakan antara penyanyi wanita yang Cik Rose suka. Jatuh cinta dengan suara beliau dari dulu lagi. Lagu Adira tak banyak sangat, tapi sekali dia keluar memang wow!

Memang banyak artis baru yang muncul sekarang ni. Lagu pula pelbagai genre. Namun, bagi Cik Rose Adira ni ada kelas yang tersendiri. Suaranya lemak-lemak merdu gitu. 

Sekarang ni keluar pula lagu duetnya bersama Hafiz, Takdir tercipta. Lagilah Cik Rose melekat je dengar lagu mereka. Gandingan mereka memang menjadi. Lagu duet keluar 4 tahun sekali, ala-ala World Cup gitu! hikhik. Ekslusif kan. 

Cik Rose suka lihat video nyanyian Adira secara akustik di youtube. Best. Dah namanya minat, memang sukalah kan. 

Menariknya, lagu-lagu Adira secara solo atau duet mesti akan menjadi OST sesebuah filem atau drama. Ratu OST! Lagu balada yang mengusik jiwa. 


Antara lagu-lagu nyanyian Adira

  • Ku Ada Kamu
  • Ilusi ~ OST drama Awan Dania musim ketiga, juga merupakan single kedua Adira selepas Ku Ada Kamu
  • Sakura ~ Single ketiga Adira
  • Ombak Rindu (OST filem Ombak Rindu) ~ mempunyai dua versi iaitu versi duet bersama Hafiz dan versi solo Adira.
  • Lara Lagi (salah satu lagu runut bunyi filem Ombak Rindu)
  • Kekasih Teragung Dunia
  • Pujaan Hati (OST drama Pujaan Hati Kanda)
  • Takdir Tercipta ( OST Lelakimu Yang Dulu)

Banyak lagi lagu-lagu Adira ni. Dalam senarai di atas ni, antaranya lah. 

Selain Adira, ada lagi penyanyi wanita yang Cik Rose suka suaranya. Nanti Cik Rose kongsikan lagi. 






4 comments:

  1. singgah isnin pagi
    hari ini bz sangat x dan nak blogwalking

    ReplyDelete
  2. tak pernah layan dia nyanyi live, tp memang suka suaranya... sedap di telinga, rsanya kebanyakkan lagu adira memang layan lah

    ReplyDelete
  3. peminat setia adira since lagu ombak rindu, suara high and serak2 basah

    ReplyDelete