Sunday, December 08, 2019

PART 1 AL FATIHAH | PEMERGIAN KAKYANG

Assalamualaikum. Terasa sekejap sahaja, dah pun bulan 12. Waktu terus berputar. Tetap bergerak meninggalkan kita. Walau apa yang berlaku, ia terus berdetik, satu..dua..tiga.. dan seterusnya.

Sedikit beremosi ketika ini. Tak tahu kenapa. Tak pasti sebabnya, Yang pasti, hati terasa sayu dan sedih. Banyak yang berlaku sepanjang tahun ini.  Mengenangkan suka duka tahun 2019.


Pemergian Kakyang

Ya, tahun yang pastinya amat bermakna buat Cik Rose sekeluarga. Apabila diuji dengan kehilangan. Remuk hati, hancur perasaan. Namun, siapalah kita untuk mempersoalkannya. Harus terima, perlu redha. Bukan mudah. Bukan senang nak menerima. Tapi, harus cekalkan hati. 



Kiri ~ Cik Rose, Kanan ~ Kakyang


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka, tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan



Pemergian kakak tersayang, Kakyang. Namanya Rosliana. (mohon sedekahkan bacaan AlFatihah dan ayat suci alQuran buat arwah kakak, Rosliana.)



بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ

الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ

Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ

اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ

صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ




Cik Rose pernah cakap sebelum ini untuk menulis tentang Kakyang. Bukan untuk bercerita kosong. Lebih kepada untuk ingatan sendiri dan keluarga. Setidaknya ada kenangan yang boleh Cik Rose ingatkan. Setidaknya anak-anak arwah Kakyang boleh membaca di kemudian hari. Sebagai kenangan sendiri. Jangan salah faham tujuan Cik Rose menulis. 

Bimbang akan terlupa sendiri. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. 


*********



Arwah Kakyang diuji dengan sakit  yang tiba-tiba. Sudah pasti kami, ahli keluarga amat terkejut dan sedih. Kali pertama masuk hospital pada 18 April 2019. Dua minggu di hospital, dapat keluar. Tiada penyakit. Ya, tak tahu apa sakitnya. Jadi, dapat keluar hospital. 

Dimasukkan ke hospital pada awalnya, kerana sebelah badan tak dapat bergerak, setelah pelbagai ujian dilakukan, tak dapat detect penyakitnya. Allah.. 

Ujian darah, Xray, malah CT Brain. Berkali-kali darah diambil untuk diuji. CT Brain pula buat dua kali. Cik Rose masih ingat kata-kata Kakyang. Kakyang sakit bila buat CT Brain. Rasa macam ada renjatan elektrik masuk dalam tubuhnya. Cik Rose tak dapat bayangkan bagaimana rasanya. Hanya mampu memujuk hatinya, dengan berkata sabar sahaja. 


Petikan dari website MyHealth
Jika anda menjalani pemeriksaan CT Brain berkontras, kemungkinan anda akan rasa tidak selesa selepas media kontras disuntik ke dalam salur darah seperti rasa panas di seluruh badan, mual, pening dan lain-lain. 


Cik Rose sempat balik Kedah, menjaga Kakyang di hospital. Bergilir dengan ahli keluarga yang lain. Pada waktu siang, memang hari-hari mak, ayah, anak-anak arwah Kakyang dan anak saudara datang. 

Dua minggu kami di hospital. Macam mana kita sebagai penjaga rasa letih, janganlah merungut dan mengeluh. Cuba bayangkan pula bagaimana rasa jadi pesakit. Mereka lebih perit. Mengenangkan Kakyang di hospital amat melukakan Cik Rose ketika ini. 


*******

Kronologi 


17 April 2019.

Terima whatsapp dari Kakyang pada awal pagi. Beritahu yang sebelah badannya tak rasa, seakan kebas. Terus Cik Rose call semula Kakyang. Kakyang beritahu dua malam sebelumnya, masa nak tidur, sebelah badan tak dapat digerakkan. Rasa berat. Sebab tu, malam tadi Kakyang tidur awal. Takut kejadian tu berulang. 

Masa telefon, suara Kakyang macam biasa. Cik Rose memang risau. Fikir macam-macam. Cik Rose minta Kakyang ke klinik. Bimbang sangat jadi apa-apa sewaktu memandu. Kakyang cakap, akan ke klinik tengahari. Petang tu, Cik Rose call semula. Tanyakan dah ke klinik ke belum. Tapi, jawapannya Kakyang tak ke klinik. 

Cik Rose memang membebel. Bebel sayang. Risaukan Kakyang. Malam tu, dalam pukul 11 lebih Cik Rose call lagi. Kakyang dah tidur, tapi Kakyang terjaga sebab jawab panggilan Cik Rose. Kakyang  cakap, dia ok. Hati Cik Rose sedikit lega. Terus Cik Rose pun tertidur. 


18 April 2019 Panggilan tak dijawab!

Pagi tu, Cik Rose bangun nak mandi ke tempat kerja. Di skrin handphone, tertera panggilan tak dijawab! Allah. Panggilan dari Kakyang! Sekitar 2-3 pagi.(tak ingat waktu yang tepat). Hati terus berdegup laju. Eh kenapa Kakyang call? Cik Rose call semula. Mesin yang jawab! Allah. Macam mana ni. 

Cik Rose  terus call kakak sulung, Along. Along jawab panggilan dan maklumkan yang Kakyang dah di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Berderau darah mendengar dan merambu air mata. (rupanya yang call tu adalah rakan sebilik Kakyang. Dia call nak maklumkan yang Kakyang tak dapat bergerak sebelah badan. Dia call mak juga. Dia hantar Kakyang pada Along. Seterusnya Along bawa Kakyang ke hospital) - perjalanan dari Penang ke Sungai Petani. 

Lepas tu, Cik Rose terus call mak. Mak pun ceritakan apa yang berlaku. Cik Rose ke tempat kerja macam biasa. Hati dah tak tenang. Berharap suami dapat cuti. Kebetulan, memang ada cuti berperingkat. Cuma tak tahu peringkat pertama atau kedua. Risaunya kalau dapat peringkat kedua.

Pagi tu, dalam pukul 8 lebih, terus Cik Rose call Kakyang. Kakyang jawab panggilan. Perlahan suaranya. Sebelah badannya masih tak dapat digerakkan. Kakyang masih di bahagian kecemasan, menunggu pemeriksaan selanjutnya. Menunggu doktor pakar. Tekanan darahnya rendah dan paras gulanya juga rendah. 

Alhamdulillah, suami dapat cuti. Petang tu kami gerak ke Kedah. Sementara nak sampai tu, memang tak tenang. Cik Rose asyik buat panggilan telefon. Pada mak, ayah, dan adik beradik yang lain. 


Kakyang dimasukkan ke wad. 

Beberapa hari di wad, masih tak tahu punca Kakyang tak dapat bergerak tiba-tiba tu. Bukan stroke kata mereka. 

Kakyang beransur pulih. Sebelah badannya dah terasa bila disentuh. Cuma, Kakyang tak dapat bangun. Banyak sangat wayar, dan tiub di badannya. Darah diambil berkali-kali! Bila ditanya keputusan, tak ada yang dapat jawab. Jawapannya, masih menunggu keputusan makmal. Cik Rose faham akan prosedur mereka. Cuma, ralat sebab masa yang diambil terlalu lama. 

CT Brain. Dua kali diambil! Allah. Mendengar Kakyang bercerita, tak sanggup rasanya. Kakyang kata sakit sangat. Selepas CT Brain, darahnya terus menurun mendadak. Hingga mereka masukkan ubat untuk jantung pula nak stabilkan darahnya. Kita ni bukan di bidang perubatan, jadi memang tak tahu sangat. Jadi, menurut sahaja keputusan mereka. Mendengar dan mengiyakan. 

2 minggu di hospital, tiada keputusan. Tak tahu penyakitnya. akhirnya Kakyang dapat keluar wad. Tanpa tahu apa penyakitnya. Kakyang dapat berjalan perlahan. Namun, kepalanya masih sakit. Tak pasti kesan ubat atau kerana darahnya rendah tu. 


Keadaan di wad

Cik Rose teringat sewaktu menjaganya waktu malam di wad. Kakyang memang tak lelap sangat waktu malam. asyik terjaga. Mengadu sakit kepala. Bila dapat tidur, memang Cik Rose takkan ganggu. Kasihan kan dia. Ingat lagi, satu malam tu, Kakyang minta pegang tangannya sambil tidur. Dia genggam jari jemari Cik Rose. Masa tu, Cik Rose rasa Kakyang jadi manja pula. Selalu tak macam tu. Kakyang sejuk. Memang tak buka kipas di wad. 

Setiap hari ahli keluarga datang. Nak bagi semangat pada Kakyang. Nak Kakyang cepat baik. Nak Kakyang ceria macam selalu. 


Awal Mei, dapat discharge. Tanpa tahu penyakitnya. Hanya dibekalkan ubat sakit kepala . Dek kerana tak tahu apa sakitnya, itu amat menyukarkan Kakyang dan keluarga kami. 


**********

Pertengahan Mei (Ramadhan)

Kakyang di rumah, masih tak boleh berkerja. Kepalanya masih sakit. Masih makan ubat. Kakyang banyak duduk dalam bilik. Tak seceria selalu. Waktu ni Cik Rose dah balik Johor. Telefon sahaja penghubung kami. Cik Rose suruh Kakyang makan kurma, minum jus. Sejujurnya Cik Rose tak tahu keadaan sebenar Kakyang, sebab tak nampak kan. 

Alhamdulillah, mak ayah ada. Mak ayahlah yang menjaga Kakyang. Peneman setia Kakyang. 
Cik Rose dan Kakyang hanya berhubung melalui whatsapp dan panggilan telefon sahaja. 


Ikhtiar perubatan tradisional. Bawa pergi urut juga. 


Antara perubatan moden dan tradisional.. Dua-dua perlu dicuba. Terlambat sedikit, kesannya...kita yang menanggung. Siapalah kita nak tentukan itu semua. Kita hanya berusaha, Allah jua Maha Berkuasa untuk menyembuhkan penyakit.
Cik Rose dan keluarga bukanlah ahli dalam bidang perubatan. Tiada pengalaman seperti ini. 


Jarak memisahkan. Rindu di hati tak tertahan. Perasaan bercampur baur. Risau, sedih, rindu.. ALLAH.. 


Ya Allah, Kau Maha Penyayang.
Kau Maha Mengampuni dosa-dosa hamba-hambaMU,
Aku bermohon hanya kepadaMU, Ya Allah
Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa kakakku, Kakyang. 


Bukan mudah untuk menerima. Hati adik seperti Cik Rose pun luluh, sedih. Inikan pula hati mak dan ayah. Cik Rose sedih memikirkan mak ayah. Sudah tentu ini dugaan berat buat mak ayah. Cik Rose hanya mampu sabarkan mak ayah sahaja. Pura-pura kuat. 


***

bersambung...


Di lain masa, ada kekuatan, ada kesempatan, Cik Rose tuliskan lagi.. Bagaimana tiba-tiba Kakyang jatuh sakit lagi, dimasukkan ke hospital lagi. 







Kakyang telah meninggal dunia pada 13 Jun 2019, malam Jumaat. 
Mohon bacakan surah Al Fatihah dan bacaan ayat suci alQuran buat arwah. 

Moga Allah mengampuni dosa-dosanya dan cucuri rahmat ke atas rohnya, tempatkannya bersama roh orang-orang yang beriman.







1 comment: