Thursday, February 27, 2020

Resepi laksa penang yang paling mudah dan pastinya sedap

Assalamualaikum. Sedapnya makan laksa sampai tak cari nasi dah! Bila sebut laksa, ramai sebenanya penggemar laksa. Laksa penang, laksa kedah, laksa utara. Lebih kurangkan. 

Cik Rose sendiri penggemar laksa. Suka sangat makan laksa. Cuma, nak buat tu memerlukan tahap kerajinan yang tinggi. Hihi. 

Sebenarnya mudah je buat laksa. Cuma, kenapa entah nak buat tu asyik bertangguh. Tapi, bila dah buat sendiri, puas rasa! Makan air tangan sendiri kan. 



Resepi laksa, ramai yang dah tahu. Cari di blog-blog masakan, facebook atau instagram, ramai yang kongsikan. Semua sedap, cuma bergantung pada selera masing- masing sahaja. 

Sejujurnya, Cik Roee hanya buat menggunakan ikan kembung. Cik Rose tak pernah guna ikan lain. Sebab memang dah biasa makan yang ikan kembung, mak buat dari kecil. 

Penggunaan ikan boleh je dipelbagaikan. Ada juga yang guna ikan sardin dalam tin. Maaf, Cik Rose memang tak guna. Selera masing-masinglah bab masakan. Tak ada yang betul, tak ada yang salah. Ianya subjektif. 

Resepi laksa yang paling mudah dan pastinya sedap. Ikut tekak sendiri ni. Hihi. 


Cara Cik Rose buat laksa: 

1 bungkus laksa. Rendam dahulu seketika. Kemudian, bolehlah rebus bersama beberapa asam keping. Nanti warnanya putih bersih jer. Cantik laksa kita! 


Cara buat kuah. Cik Roee buat sikit jer. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja bahan-bahannya ya. 

10 ekor ikan kembung. Direbus bersama asam keping. Letak garam sikit. Bila dah masak, biarkan sejuk seketika, suam-suam pun boleh. Agak-agak boleh pegang. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi. Asam keping tu buang ye. Kemudian, kisar pulak tulang ikan bersama lebihan air rebusan ikan tu. Dah siap, tapis. Campurkan je dalam periuk. 

Setengan biji bawang besar dikisar dengan cili kering. Cili kering tu agak-agak ya. Ikut tahap kepedasan masing-masing. Kalau yang suka pedas yang kick, boleh tambah cili padi. Terangkat wei!

2 tangkai bunga kantan Di belah dua atau empat. Ikut tahap kebesaran bunga kantan tu. Daun kesom pula, agak-agak. Cik Rose letak banyak, sebab memang suka makan daun kesom dalam kuah laksa. 

Ok, jom kita masak kuahnya. 

Letak periuk yang kita dah letak ikan tadi tu. Buka api paling slow jer. Jangan buka api besar. Nanti kuah tak cantik, membuak awal sangat. 

Terus masukkan daun kesom, bunga kantan, bawang dan cili kisar tadi dan beberapa keping asam keping. Biar je dia masak perlahan-lahan. Bila dah masak kuahnya, baru masuk sedikit garam, ikut selera kita. 

Untuk hiasan, Cik Rose letak telur rebus, hirisan timun dan bawang besar, juga limau. Kalau nak pedas, tambah hirisan cili. 




Dah siap. Senang kan. Makan berulang-ulang laksa ni, memang tak cari nasi dah. Sedap! 

Cuba sendiri buat, boleh adjust ikut selera kita. Ada yang suka kuah pekat, lebihkan ikan. Ada yang suka kuah sedikit cair, lebihkan air. Mudah kan. Kuah laksa ni , makin kita panaskan, makin sedap. 


2 comments:

  1. sapa tak makan laksa memang rugi lah cik Rose oi... akak nak buat laksa ikut mood almaklum nak buatnya tu agak remeh sikit... bab nk ngerjekan ikan tulah

    ReplyDelete
  2. Lama betul rasanya tak menjamah laksa. Nampak sedap tu.

    ReplyDelete