Monday, March 02, 2020

Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia ke 8

Assalamualaikum.

Sudah terjawab siapa Perdana Menteri kita. Perdana Menteri ke lapan kita ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Jom kenali Perdana Menteri kita. Beliau bukanlah asing dalam arena politik tanah air.  Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan telah mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020.


Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin,Perdana Menteri Malaysia ke 8

Beliau lahir pada 15 Mei 1947 dan kini berusia 73 tahun. Dilahirkan di Muar, Johor. Berkahwin dengan Puan Sri Noorainee Binti Abdul Rahman pada tahun 1972. Mempunyai lima orang anak, Najwa MahiaddinFakhri YassinFarhan YassinNabilah Yassin, dan Najwa Yassin.
Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kerajaan Malaysia. Antaranya ialah Pemangku Perdana Menteri Malaysia,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna Malaysia, Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia, dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia.


1 comment:

  1. Selamat memulakan tugas buat Tan Sri Muyiddin Yassin, semoga beliau berjaya membawa negara Malaysia keluar daripada segala masalah yang melanda sekarang ini.

    ReplyDelete