Resepi Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap dan Senang Untuk Dimasak.
Assalamualaikum. Selamat pagi.
Sebut sahaja udang. Ramai yang sukakannya. Antara makanan laut yang paling banyak peminatnya. Tapi, tak semua boleh makan udang. Ada yang ada alahan. Aduhai, tak tahan rasanya bila ada alahan. Gatal dan sakit. Cik Rose akui, udang antara makanan kegemaran Cik Rose. Tak kisahlah masak apa. Sambal, goreng kunyit, goreng salut tepung, gulai, masak lemak. Nyum nyum sedap.
Kalau udang 'di kahwinkan' dengan petai? Mestilah sedap uols! Kalau makan nasi comfirm bertambah-tambah jadinya. Hilang diet!
Alkisahnya, minggu lepas, Cik Rose ke kedai. Tujuan memang nak beli beberapa jenis lauk basah untuk di masak. Tengok-tengok apa yang ada, Cik Rose beli udang, sotong, dan ikan cencaru.
Sekali, mata terpandang petai yang dah siap dikopek dalam plastik. Jeng jeng jeng. Hati berdetik. Kalau masak sambal udang petai, sedap ni! Cik Rose cari petai yang biasa tu tak ada pula. Ada yang dah dikopek je. Jadi, Cik Rose beli juga. Boleh tahan harganya. Sepeket RM9. Terkejut i. hikhik.
Sambal Udang Petai Yang Memikat Selera.
Keesokannya, Cik Rose masaklah sambal udang petai. Inilah kejadiannya sambal udang petai Cik Rose masak. Warna tu mungkin berbeza atas faktor pencahayaan atau kamera ya.

Masak cara mudah je. Cik Rose bukan pandai masak sangat. Buat untuk tekak sendiri bolehla orang kata. Nak masak untuk dihidangkan pada orang, tak lepas lagi. Banyak kena belajar ni.
Gambar atas dapur pun nak ambil. Buat kenangan gitu. Kuali tu yang 'mahal' tu. hihi.
Oklah, di sini Cik Rose sertakan resepinya sekali. Untuk diri sendiri juga. Dan mungkin membantu mereka yang sedang berjinak-jinak di dapur gitu. hihi.
Resepi Sambal Udang Petai.
Bahan-bahan:
Udang – di bersihkan
Petai – siap kopek
1 biji bawang besar, hiris kasar
Sedikit air asam jawa
Cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Dikisar:
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
Cara Masak :
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebihkan minyak ya). Tumis bahan-bahan kisar hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Masukkan pula petai dan biarkan sekejap. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
3. Dah siap!
Senang tak cara masaknya? Senang!
Cik Rose makan nasi dengan sambal udang petai dan juga sotong bakar. Memang bertambah nasi!
Di entry akan datang, Cik Rose akan kongsikan cara buat sotong bakar yang paling simple!
Selamat mencuba.
20 Comments
wahhhhh.. sedap ni :)
ReplyDeleteya.. makan bertambah.. bahaya. hihi
DeletePeh kak favorite zaza ni ada petai 😍
ReplyDeletesamalah kita Zaza.. sedap..berselera makan..
DeleteYummy kat rumah ni sekali sekala buat sambal tumis juga..sedap kalau mkn dengan lauk masak lemak putih n sambal belacan..aummm lapar haha
ReplyDeletebetul Kak El.. sesekali makan memang berselera. tambah pula makan ramai-ramai..
Deletesgt menarik .... apa2 lauk yg ada petai atau udang compom sedap
ReplyDeletesetuju sangat. udang faveret Rose.. hihi
DeletePetai.. Lama tak makan.. Dah la feveret.. Hehehe.. Sedap lahai.. Esok nak buatla.. Nak cari petai..
ReplyDeleteyang ni dapat petai yang dah siap kopek.. kalau dapat petai yany fresh, lagi sedap. nyum nyum.
DeleteAlaa..kita xmakan petai. Huhu.. Try makan pon xleh msuk gk tekak.. Tp sambal udang mmg fav lauk kita..
ReplyDeleteoo yeke.. tak pe, nak buat macam mana kan. jangan di paksa.. kalau sambal udang saja pun dah sedap Wawa.. :)
Deleteiday suka letak belacan bakar jugak, tapi kadang2 terpaksa tak letak sebab ada orang rumah alergic. padahal itu yang buat lagi sedap hahaha
ReplyDeleteyup betul tu.. orang alergic dan resdung nanti kesian pula kalau kita letak belacan kan...
DeleteZira memang suka makan sambal udang petai. Sedapkan
ReplyDeleteya sedap... samalah kita
Delete. suka juga :)
Ishh sedapnya petai ni
ReplyDeletemakan jadikan ulam pun dah sedap kan :)
Deletesedapnya Cik Rose..:)
ReplyDeletesedap... hihi.. nanti Cik Nor cuba buat ya. :)
Delete