Himpunan 7 Resepi Lauk Pauk Yang Sedap dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa. Assalamualaikum. Pening juga kepala bila memikirkan juadah berbuka puasa. Tak tahu nak masak apa kan. Sebab memang setiap hari kita memasak.
Memasak untuk berbuka puasa dan juga untuk bersahur. Macam Cik Rose sekarang ni, memang setiap hari akan memasak. Maklumlah bazar Ramadhan dah tak ada. hihi. Kadang-kadang termenung sendiri nak masak apa bila buka peti ais.
Memikirkan selera ahli keluarga yang lain. Korang pun macam tu juga kan? Jangan risau. Di sini, Cik Rose akan berkongsi idea menu lauk pauk yang boleh korang masak. Bertukar-tukar menu setiap hari. Tak adalah setiap hari kita memikirkan perkara yang sama kan.
Masak simple-simple tu lah yang akan membangkitkan selera. Lauk pauk yang terdiri dari ayam, ikan, telur dan lain-lain. Boleh pelbagaikan resepi setiap hari. Memikat selera suami dan anak-anak. Juga selera mak ayah dan keluarga.
Jom Cik Rose tunjukkan Himpunan 7 Resepi Lauk Pauk Yang Sedap dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa.
Bahan-bahannya
Seekor ikan tongkol - digoreng dahulu
Bawang putih, merah dan halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap manis dan kicap masin
Air
Tomato
Cili besar
Kentang - digoreng dahulu
Bawang besar @ bawang holland- dipotong bulat
bahan-bahan :
Isi ikan jenahak (terpulang nak guna ikan apa ya)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Cara-cara :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan, cili besar dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Dah siap!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah
Bahan-bahannya
Seekor ikan tongkol - digoreng dahulu
Bawang putih, merah dan halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap manis dan kicap masin
Air
Tomato
Cili besar
Kentang - digoreng dahulu
Bawang besar @ bawang holland- dipotong bulat
Cara masak:
Cara masak
sangatlah simple. Cara biasa sahaja. Mula-mula tumiskan bawang dan halia yang
dikisar tadi bersama 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari ikan.
Tumis hingga rempah tu masak. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Jika pekat,
boleh tambah air. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kentang dan ikan tongkol.
Selepas itu bolehlah masukkan bawang yang dipotong bulat, tomato, dan cili
besar.
Kalau guna kicap masin dan kicap manis, tak perlu tambahkan garam ya. Bertambah masin nanti!.
Kalau guna kicap masin dan kicap manis, tak perlu tambahkan garam ya. Bertambah masin nanti!.
Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sedap dan Mudah
bahan-bahan :
Isi ikan jenahak (terpulang nak guna ikan apa ya)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Halba campur
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
cili besar (di belah)
3 sudu makan serbuk kari ikan Cap O (dibancuhkan dengan sedikit air)- boleh guna cap lain juga.
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
cili besar (di belah)
3 sudu makan serbuk kari ikan Cap O (dibancuhkan dengan sedikit air)- boleh guna cap lain juga.
garam dan sedikit gula
air asam jawa/ asam keeping
air asam jawa/ asam keeping
Cara-cara :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan, cili besar dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Dah siap!
Resepi Kurma Telur
Bahan-bahan
4 biji telur rebus ~ dikupas dan digoreng
dahulu
2 biji ubi kentang ~ dikupas dan potong 4(Cik
Rose tak letak pula, kentang tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk
atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air
jadikan pes
santan sederhana pekat (agak-agak ya,
ikut kepekatan kuah yang kita nak)
2 biji cili hijau/cili merah dibelah
Tomato jika korang suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
Asam keping
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara-caranya
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah
tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan kacau rata
hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang, garam & gula.
Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak. - boleh
tambah air jika nak berkuah.
4. Masukkan asam keping, telur rebus yang
telah digoreng, bawang besar dan cili besar/ padi.
5. Biar seketika dan akhir sekali masukkan
tomato. Kacau-kacau dulu, bolehlah matikan api dan hidang. Siap.
RESEPI KARI IKAN MERAH
CARA-CARA MASAK KARI IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN UNTUK
KARI IKAN MERAH
2 potong ikan merah - saiz sederhana
|
5 biji bawang merah - dihiris
|
2 ulas bawang putih - dihiris
|
2 cm halia - dihiris
|
3 sudu serbuk kari ikan
Satu sudu serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
|
2 biji tomato - dibelah 4
|
5 biji kacang bendi
|
3 biji cili hijau/ merah besar - dihiris
Santan kotak
|
Air secukupnya
|
Garam secukup rasa
|
4 helai daun kari
Cara-cara
- · Panaskan minyak dan
tumiskan bahan yang dihiris, daun kari sehingga naik bau dan berwarna
kekuningan.
- · Kemudian masukkan serbuk kari ikan, kunyit dan serbuk cili dan air secukupnya.
- · Kacau rata dan didihkan.
- · Apabila telah mendidih, barulah dimasukkan ikan merah.
- · Biarkan seketika.
- · Kemudian masukkan tomato, bendi, cili hijau/merah dan perasakan dengan garam.
- · Akhir sekali, masukkan santan. (Agak-agak je ye banyak mana).. Cik Rose memang suka masuk santan last sekali.
- · Kacau perlahan hingga mendidih.
- · Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
- Kalau nak letak air asam jawa pun boleh. Macam Cik Rose dah letak air limau.
RESEPI IKAN MASAK ASAM SEDAP DAN MUDAH
Bahan-bahan :
2 ketul ikan Jenahak
2 ulas Bawang putih- diricih
1 biji bawang merah -diricih
2 batang Cili besar merah
dan hijau
3 batang cili padi
1 biji bawang besar dipotong
bulat
1 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak)
Sedikit air
Sedikit garam
Cara-caranya :
1. Goreng ikan yang digaul
garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih,
bawang merah, cili padi dan cili besar.
3. Kemudian masukkan air asam
jawa.
4.Kalau terlalu pekat,
tambahkan air.
5. Biar hingga mendidih,
masukkan ikan, tomato dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam.
Siap!
RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA
1 ekor ikan siakap ( dilumur
garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan
ketepikan.
Bahan-bahan sosnya :
5 ulas Bawang putih -dikisar
2 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut
suka ye)
3 sudu besar cili kisar (ikut
tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak
mana
3 batang cili merah (dikisar.)
Cili merah (dipotong )
Nenas ( dipotong kecil)- Cik
Rose tak letak.
Timun( dipotong dadu)
1 biji tomato(dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong bulat) -
tak letak pun tak apa. Tapi Cik Rose suka letak.
Daun limau purut
Gula
Garam
CARA- CARA :
1. Tumis bawang putih dan
bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing,
masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang
dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk
sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak.
Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan
air.
5. Masukkan nenas, tomato dan
daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan
timun dan bawang besar.
7. Akhir sekali boleh masukkan
garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika.
8. Bila dah masak, boleh
tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi.
RESEPI MASAK LEMAK CILI API KULAT SISIR BERSAMA UDANG
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Halia (sikit)
Kunyit hidup (sikit)
9 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili besar hijau
(tumbuk sekali)
*nampak tak Cik Rose gigih
menumbuk bahan-bahan ni?. Korang boleh blender je k :)
2 batang serai( dititik)
Santan 1/2 kotak kecil (Cik
Rose guna santan segera je)
Sedikit air
Sedikit garam
Kulat Sisir (basuh dan rendam
seketika)
Udang (agak-agak nak banyak
mana)
Cara-caranya :
1.Tumiskan bahan yang dah
ditumbuk tadi dengan sedikit minyak.
2.Bila dah naik bau, masukkan
serai yang dititik.
3. Masukkan kulat sisir dahulu,
dan kemudian baru masukkan udang.
4.Bila agak-agak udang hampir
masak, terus masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Perasakan dengan
garam.
Tadaaa dah siap :)
Mudah kan resepi yang Cik Rose kongsikan ni. Semuanya air tangan sendiri. Dalam memasak ni, tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Ianya subjektif. Masaklah ikut cara tersendiri. Asalkan memikat selera!
1 Comments
betul tu cik rose...kita yang buat dia kan, kadang2 bila housemate tanya nak masak apa hari ni, susah betul nak jawab..sejenis yang masuk dapur, on the spot terus fikir nak masak apa tengok bahan yang ada...haa gitu
ReplyDelete