Tuesday, May 12, 2020

Himpunan 7 Resepi Lauk Pauk Yang Sedap dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 7 Resepi Lauk Pauk Yang Sedap dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa. Assalamualaikum. Pening juga kepala bila memikirkan juadah berbuka puasa. Tak tahu nak masak apa kan. Sebab memang setiap hari kita memasak.

Memasak untuk berbuka puasa dan juga untuk bersahur. Macam Cik Rose sekarang ni, memang setiap hari akan memasak. Maklumlah bazar Ramadhan dah tak ada. hihi. Kadang-kadang termenung sendiri nak masak apa bila buka peti ais.

Memikirkan selera ahli keluarga yang lain. Korang pun macam tu juga kan? Jangan risau. Di sini, Cik Rose akan berkongsi idea menu lauk pauk yang boleh korang masak. Bertukar-tukar menu setiap hari. Tak adalah setiap hari kita memikirkan perkara yang sama kan. 

Masak simple-simple tu lah yang akan membangkitkan selera. Lauk pauk yang terdiri dari ayam, ikan, telur dan lain-lain. Boleh pelbagaikan resepi setiap hari. Memikat selera suami dan anak-anak. Juga selera mak ayah dan keluarga. 

Jom Cik Rose tunjukkan Himpunan 7 Resepi Lauk Pauk Yang Sedap dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa.



Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah





Bahan-bahannya

Seekor ikan tongkol - digoreng dahulu

Bawang putih, merah dan halia dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap manis dan kicap masin
Air
Tomato
Cili besar
Kentang - digoreng dahulu
Bawang besar @ bawang holland- dipotong bulat


Cara masak:


Cara masak sangatlah simple. Cara biasa sahaja. Mula-mula tumiskan bawang dan halia yang dikisar tadi bersama 3 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari ikan. Tumis hingga rempah tu masak. Masukkan kicap manis dan kicap masin. Jika pekat, boleh tambah air. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kentang dan ikan tongkol. Selepas itu bolehlah masukkan bawang yang dipotong bulat, tomato, dan cili besar. 
Kalau guna kicap masin dan kicap manis, tak perlu tambahkan garam ya. Bertambah masin nanti!. 




Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Yang Sedap dan Mudah




bahan-bahan :

Isi ikan jenahak (terpulang nak guna ikan apa ya)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Halba campur
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)

cili besar (di belah)
3 sudu makan serbuk kari ikan Cap O (dibancuhkan dengan sedikit air)- boleh guna cap lain juga.
garam dan sedikit gula
air asam jawa/ asam keeping


Cara-cara :

Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ikan, cili besar dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Dah siap!



Resepi Kurma Telur






Bahan-bahan

4 biji telur rebus ~ dikupas dan digoreng dahulu
2 biji ubi kentang ~ dikupas dan potong 4(Cik Rose tak letak pula, kentang tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
 santan sederhana pekat (agak-agak ya, ikut kepekatan kuah yang kita nak)
2 biji cili hijau/cili merah dibelah
Tomato jika korang suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
Asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis


Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 


Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi.
2.  Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak. - boleh tambah air jika nak berkuah.
4. Masukkan asam keping, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili besar/ padi. 
5. Biar seketika dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau dulu,  bolehlah matikan api dan hidang. Siap.





RESEPI KARI IKAN MERAH 




CARA-CARA MASAK KARI IKAN MERAH


BAHAN-BAHAN UNTUK KARI IKAN MERAH



2 potong ikan merah - saiz sederhana
5 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
3 sudu serbuk kari ikan
Satu sudu serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit

2 biji tomato - dibelah 4
5 biji kacang bendi
3 biji cili hijau/ merah besar - dihiris
Santan kotak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
   4 helai daun kari



Cara-cara

  • ·   Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris, daun kari  sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.
  • ·   Kemudian masukkan serbuk kari ikan, kunyit dan serbuk cili dan air secukupnya.
  • ·   Kacau rata dan didihkan.
  • ·   Apabila telah mendidih, barulah dimasukkan ikan merah.
  • ·   Biarkan seketika.
  • ·   Kemudian masukkan tomato, bendi, cili hijau/merah dan perasakan dengan garam.
  • ·   Akhir sekali, masukkan santan. (Agak-agak je ye banyak mana).. Cik Rose memang suka masuk santan last sekali. 
  • ·  Kacau perlahan hingga mendidih.
  • ·  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
  •     Kalau nak letak air asam jawa pun boleh. Macam Cik Rose dah letak air limau.




RESEPI IKAN MASAK ASAM SEDAP DAN MUDAH 





Bahan-bahan :

2 ketul ikan Jenahak
2 ulas Bawang putih- diricih
1 biji bawang merah -diricih
2 batang  Cili besar merah dan hijau
3 batang cili padi
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak)
Sedikit air
Sedikit garam


Cara-caranya :

1. Goreng ikan yang digaul garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar.
3. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Kalau terlalu pekat, tambahkan air.
5. Biar hingga mendidih, masukkan ikan, tomato dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam. Siap!





RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA





1 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan ketepikan.


Bahan-bahan sosnya :


5 ulas Bawang putih -dikisar
2 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)
3 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak mana
3 batang cili merah (dikisar.)
Cili merah (dipotong )
Nenas ( dipotong kecil)- Cik Rose tak letak.
Timun( dipotong dadu)
1 biji tomato(dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong bulat) - tak letak pun tak apa. Tapi Cik Rose suka letak. 
Daun limau purut
Gula
Garam


CARA- CARA :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.
5. Masukkan nenas, tomato dan daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 
7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 
8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi.



RESEPI MASAK LEMAK CILI API KULAT SISIR BERSAMA UDANG





Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Halia (sikit)
Kunyit hidup (sikit)
9 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili besar hijau
(tumbuk sekali)
*nampak tak Cik Rose gigih menumbuk bahan-bahan ni?. Korang boleh blender je k :)
2 batang serai( dititik)
Santan 1/2 kotak kecil (Cik Rose guna santan segera je)
Sedikit air
Sedikit garam
Kulat Sisir (basuh dan rendam seketika)
Udang (agak-agak nak banyak mana)


Cara-caranya :

1.Tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi dengan sedikit minyak. 
2.Bila dah naik bau, masukkan serai yang dititik.
3. Masukkan kulat sisir dahulu, dan kemudian baru masukkan udang.
4.Bila agak-agak udang hampir masak, terus masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Perasakan dengan garam. 
Tadaaa dah siap :)




Mudah kan resepi yang Cik Rose kongsikan ni. Semuanya air tangan sendiri. Dalam memasak ni, tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Ianya subjektif. Masaklah ikut cara tersendiri. Asalkan memikat selera!



1 comment:

  1. betul tu cik rose...kita yang buat dia kan, kadang2 bila housemate tanya nak masak apa hari ni, susah betul nak jawab..sejenis yang masuk dapur, on the spot terus fikir nak masak apa tengok bahan yang ada...haa gitu

    ReplyDelete