Saturday, May 23, 2020

Resepi Biskut Koko Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Untuk Disediakan

Resepi Biskut Koko Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Untuk Disediakan. |Assalamualaikum. Biskut raya yang kedua Cik Rose cuba adalah Biskut Koko. Tekak ni memang suka kalau ada koko-koko ni. Tak kisahlah biskut apa, kalau ada koko atau coklat, memang laju je Cik Rose ni. 

Alkisahnya,  Cik Rose suka makan biskut dahlia koko yang mak buat. Tapi, acuan samperit tak ada pula. Dah mencari di beberapa buah kedai tak ada. Guna sahaja acuan tekap ni. Nak ke kedai jual bahan kek, memang tak sanggup. Beratur panjang! 

Biskut koko ni mudah sahaja caranya. Sukatan cawan. Jangan risau, Cik Rose memang kongsikan resepi-resepi yang mudah sahaja. Boleh kita sama-sama buat dan makan.





Biskut koko jadi pilihan anak-anak

Korang boleh cuba buat dengan anak -anak.  Seronok buat sama-sama, sambil terap biskut, ada yang tabur coklat rice  dan ada yang tukang bakar. Sekurang-kurangnya terisi masa bersama. Meriah jadinya suasana di dapur! 

Cik Rose ambil resepi ni dari perkongsian di facebook. Cik Rose dah cuba dan menjadi biskutnya. Jadi, Cik Rose panjangkan perkongsiannya di blog. Terima kasih buat empunya resepi. 


BISKUT KOKO SUKATAN CAWAN





Bahan-bahannya:

1 ketul Butter  / marjerin 1 cawan (Cik Rose guna buttercup dalam tong)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko ( Cik Rose guna jenama Van Houten)
1 cawan gula aising@ gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk hiasan

Coklat rice
Putih telur


CARA-CARANYA

Pukul kuning telur,gula aising butter/marjerin,esen vanilla hingga sebati.
Kemudian, masukkan tepung jagung, serbuk koko & tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat di jari.
Agak-agak sahaja, jangan lembik atau keras sangat.
Dah siao, bolehlah guna acuan yang kita nak untuk terap. 
Sapukan putih telur dibahagian atas dan taburkan coklat rice. 
Bakar pada suhu 180 masa 20 minit @ ikut oven masing-masing.


Baca : Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan





Cik Rose memang suka kalau resepi ikut sukatan cawan macam ni. Mudah tugas di dapur. Tak perlu beria nak sukat. hihi. Zup zap,  dah siap!

Kalau nak lebih rasa koko tu, bolehlah tambah perisa koko yang cecair tu. Lagi terangkatlah rasa dia.  So nyummy! 
Jangan lupa, tabur coklat rice banyak sikit, barulah sedap. hihi.

Resepi mudah macam ni, korang haruslah cuba. Bukan sahaja mudah, tapi sedap. Biskut ni dapat menambat selera anak-anak tau. 

Seronok je tengok orang buat biskut raya, tu yang Cik Rose pun buat juga. Buat dengan mak dan anak-anak sedara. Tapi,  jujur cakap. Buat biskut raya, kena banyak sabar. Sabar menanti proses nak membakarnya. Sakit pinggang! Kalau nak buat sorang-sorang, memang tak lah. hihi. Buat ramai-ramai baru seronok, tak terasa sangat jemu. hihi. 

Selamat mencuba ya!



1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete