Tuesday, May 19, 2020

Resepi Mudah dan Sedap Buat Roti Jala Dengan Kari Ayam

Resepi Mudah dan Sedap Buat Roti Jala Dengan Kari Ayam. Assalamualaikum. Bila sebut Roti Jala, ramai penggemarnya. Begitu juga dengan ahli keluarga Cik Rose. Roti Jala adalah antara pilihan kegemaran ayah dan anak -anak saudara Cik Rose. 

Musim PKP yang lepas, sempat Cik Rose dan mak buat Roti Jala untuk sarapan dan minum petang seisi keluarga. Makan pula dengan kari ayam, pastinya menambah keenakkan rasa roti jala tersebut. 

Harus Cik Rose akui, bukan mudah untuk dapatkan roti jala yang elok kiraiannya. Bancuhan tepung kena sedang elok. Teknik menjala pun kena betul. Salah teknik, berselerak dalam kuali. hihi. 



Mujur ada mak yang mengajar cara untuk menjala. Alhamdulillah, menjadi roti jala. Berdiri lama-lama , lenguh pula kaki jadinya. Demi memenuhi selera sendiri, kurelakannya. Berdiri berjam lamanya nak buat. Tapi, sekejap je habis. hihi. 


Resepi untuk membuat Roti Jala.

Ada pelbagai cara dan resepi yang dikongsikan. Setiap orang ada cara tersendiri. Buat sahaja ikut selera anda. Kita olahkannya sendiri ikut selera kita. 

Dalam masakan, tiada yang betul dan tiada yang salah. Ikut  cara masing-masing, asalkan ianya sedap dan menjadi. Tak gitu? 

Jom tengok kejadian Roti Jala yang Cik Rose buat bersama mak tersayang.




RESEPI ROTI JALA MUDAH DAN LEMBUT 


3 cawan tepung gandum
3 cawan air 
1 biji telur 
2 sudu minyak masak 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil pewarna 

Satukan semua bahan dan kacau pqkai whisk. Cik Rose blender je, lebih mudah. Elok tepungnya, tidak berketul. Dah siap, boleh la menjala ye .

Cubalah ya. Memang lembut roti jala ni. Kalau buat pagi, sampai ke petang masih lembut. 
Kesabaran yang tinggi memang diperlukan untuk menjala. Lenguh kaki dan tangan jadinya. hihi.





Roti Jala dah siap. Nak cicah dengan kari. Macam mana pula cara nak sediakan kuah kari yang letops ni? 

Kalau Cik Rose,  karinya mesti ada kentang dan lobak merah. Tak cair dan tak pekat sangat kuahnya.  Memang terangkat! 


Resepi mudah nak sediakan kari ayam untuk dimakan bersama Roti Jala. 


Bahan bahan:

Ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari 
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
daun kari
Garam secukupnya

Cara cara:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Kalau suka kuah pekat, kurangkan air. Boleh juga ditambah sedikit kerisik, wow sangat rasa dia tau! 

Selamat mencuba!


Masak simple-simple gini, tambat selera keluarga!

5 comments:

  1. yummy! sabtu haritu kawan ada bagi roti jala 😋😋 tapi dengan gulai sardin hehe

    ReplyDelete
  2. ramadhan dah tinggal 4 hari lagi tapi akak tak pernah lagi masak roti jala ini, cetak dia takde dan takde keberanian nak cuba heheheh...

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaa. Ni tetiba mengidam ni hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak. Memang selalu buat, cucu cucu suka makan.

    ReplyDelete