Saturday, August 01, 2020

MALAYSIA | Wajib Pakai Mask dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak Mulai 1 Ogos 2020

MALAYSIA |  Wajib Pakai Mask  dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak  Mulai 1 Ogos 2020. Assalamualaikum. Hari pertama Ogos. Hello August, please be nice to me. Hihi. Ayat tu, banyak yang Cik Rose jumpa di hari pertama setiap bulan!

Mulai 1 Ogos (iaitu hari ini), pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.


Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.


Jangan lupa tau. Sebenarnya sejak dari awal penularan Covid 19, kita dah diingatkan untuk memakai 'mask'. Namun, masih ada yang mengambil mudah akan hal ini. Dengan bersahaja, keluar rumah ke tempat-tempat awam atau sesak tidak memakai 'mask'. 


Oleh itu, Kerajaan Malaysia mengambil keputusan mewajibkan pemakaian mask di tempat-tempat sesak dan di dalam pengangkuta awam. 


"Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," 


Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.



Jangan ambil mudah ya. Sayangi diri kita. Kita jaga kita gitu. Kita masih belum menang, tetapi kita berusaha untuk menang. 


Oh ya, lagi satu istilah penjarakan sosial telah di ubah kepada PENJARAKAN FIZIKAL. 



2 comments:

  1. #kitajagakita
    masyarakat dah alpa bila kes menurun 😓😓😓

    ReplyDelete
  2. bagus.. semoga betul2 strict jalankan peraturan ni..
    biar ketat xpe janji kita jauh dari benda yang tidak2..

    ReplyDelete