Tuesday, September 22, 2020

Resepi Bubur Nasi Ala Mc D yang sedap dan mudah dimasak

Resepi Bubur Nasi Ala Mc D  yang sedap dan mudah dimasak. Assalamualaikum. Kalau sebut tentang bubur nasi, ada pelbagai cara dan resepi yang ada. Lain orang, lain cara dan rasanya. 


Nak memasak bubur nasi ni, bukan hanya ikut resepi semata,tapi yang penting adalah kena dengan tekak kita. Adjust sendiri, kita nak bubur nasi yang macam mana. 



Bila tak sihat,  tekak nak makan bubur!


Bila tak sihat, kita ni tak ada selera nak makan. Pahit je tekak. Lepas tu, macam susah nak telan makanan. Tapi, perut ni lapar minta diisi. Altenatifnya, mesti cari bubur nasi kan. 


Bubur Mc D , ramai yang suka.


Cik Rose lah salah seorangnya. Suka bubur Mc D. Tapi, kalau sihat tak nak pula. Nak makan bubur kalau time sakit gigi atau time selsema. 


Nak masak? Tak rajinlah nak buat bubur kalau sorang je makan. Baik beli, jimat tenaga. hikhik.


Nak pergi beli di Mc D, jauh pula dari rumah. So, penyelesaiannya, mudah jer. Beli bubur ala Mc D. Sedap tau. Cik Rose beli di area rumah, hanya RM3 sebekas. Puas makan. 




Buat sendiri bubur nasi ala Mc D. 


Cik Rose google resepi bubur nasi ala Mc D, dan Cik Rose jumpa sati resepi yang macam best jer. Nampak sedap! Bolehlah try buat nanti. 


Ok, Cik Rose kongsikan resepinya di sini. Senang nak cari nanti. 



Bahan-bahan bubur nasi ayam:


Dada Ayam

Garam

1 Cawan Beras

Halia

Stok Ayam

Garam (jika perlu)

Minyak Bijan

Ikan Bilis

Bawang

Cili Padi



Cara-cara untuk membuat bubur nasi ayam:



Rebus dada ayam sehingga masak. Angkat, carik dan ketepikan.


Rebus dan masak beras bersama air. Boleh tambah air sedikit demi sedikit sehingga beras menjadi bubur.


Kemudian, tambahkan halia, stok ayam dan garam jika perlu.


Bubur dikacau sentiasa untuk mengelakkan daripada berkerak dan melekat. 


Masukkan ayam yang telah direbus dan di carik tadi. Kacau lagi hingga sebati.


Masukkan pula minyak bijan dan kacau rata. Tutup api dan angkat.


Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis, bawang dan cili padi yang telah di goreng dan boleh hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili besar merah yang di hiris jika suka. Siap!




Jom masak sendiri bubur nasi untuk family tersayang. 


4 comments:

  1. buat sendiri lg mudah kan, akak nak kene cari minyak bijan baru rasa dan bau sama mcm bubur mcd

    ReplyDelete
  2. Bila hilang selera makan time demam, alangkah bahagianya kalau ada orang hulur bubur nasi! Terus baik demam...hihihiiii!

    ReplyDelete
  3. Anak akak banyak kali dah minta nak makan bubur nasi.Boleh la buat malam nanti.

    ReplyDelete
  4. Orang tak sakit pun sedap makan bubur macam ni. Lama tak buat bubur

    ReplyDelete