10 CARA KAWAL STRESS, TIPS MUDAH UNTUK HILANGKAN STRESS

10 CARA KAWAL STRESS,  TIPS MUDAH UNTUK HILANGKAN STRESSSesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Ianya tidak mengenal usia. 

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.Stress atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stress boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Stress yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stress yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stress. Stress boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B. Apa pula kaedah 10B ni? Kenapa nak ikut kaedah-kaedah ni? Bertambah stress pula nanti. hihi. Relax.. Jangan terburu-buru. Jom kita ketahui apakah kaedah 10B dalam cara mengawal stress. 





Kaedah 10B ini adalah :-

  1. bertenang
  2. bernafas dengan dalam
  3. berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  4. beribadat
  5. bercakap dengan seseorang
  6. berurut
  7. berehat dan mendengar muzik
  8. beriadah
  9. bersenam
  10. berfikiran positif


Bertenang.


Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.


Bernafas dengan dalam


Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.


Berkata, ` Relakslah’.


Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stress, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stress.


Beribadat. 


Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.


Berkongsi perasaan dengan seseorang


Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.


Berurut. 


Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.


Berehat dan mendengar muzik.


Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.


Beriadah.


Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.


Bersenam. 


Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.


Berfikiran positif.


Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.


Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stress seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stress mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda

Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stress untuk jangka masa pendek.

Punca stress perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stress tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stress anda.


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/


Hal stress ni jangan dibuat main!Dari perasaan celaru fikiran, boleh merebak ke masalah kesihatan lain. Sakit kepala, tekanan darah tinggi, jnatung dan lain-lain. Bila dengar memang jadi takut. Tapi, kalau dah alami baru tahu. 


Cik Rose pernah rasa stress, sakit kepala. Denyutan jantung berdegup laju, dada rasa panas. Badan rasa panas. Nak marah aje rasa. Tapi, tak terluah. Sungguh Cik Rose tak kuat. 


Tapi, kena ambil tahu cara untuk hilangkannya. Rehat sebentar. Minum air masak, istigfar dan zikir dalam hati. Duduk bersandar sambil pejamkan mata. Cuba kosongkan fikiran. Kalau tak boleh, paksa diri berfikiran nasional. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Air mata memang ubat mujarab juga. Bila kita menangis, akan rasa sedikit lega. 


Cuma nak pesan, jangan melayan stress tu. Cuba kawal. Cuba. Memang sukar, tapi cuba. 


Stay safe :)


Post a Comment

1 Comments