Episod Akhir Drama Ryan Aralyn di TV3. Assalamualaikum. Ramai ke yang ternanti-nanti episod akhir drama Ryan Aralyn? Drama lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose ini meniti penghujung cerita.
Episod akhir drama Ryan Aralyn ini akan disiarkan pada 3 November ini, iaitu pada hari Selasa. Apa kesudahan hubungan Ryan dan Aralyn?
Bagaimana pula dengan sikap Hanis? Adakah Hais akan insaf dengan perbuatannya terhadap Ryan dan Aralyn.
Cik Rose memang suka akan lakonan Raysha Rizrose. Minat dengan suaran beliau. Sedap je dengar bila beliau berdialog.
Tapi, entah kenapa Cik Rose tak mengikuti perjalanan drama ini. Tertinggal jauh! Agak sibuk kebelakangan ini.
Sementara menunggu episod akhir drama ini, jom kita baca serba sedikit tentang drama ini.
SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN
Drama ini berkisar tentang kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala.
Ryan mempunyai pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram.
Hanis yang balik rumah pada waktu malam, tiba-tiba mengeluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.
Apa yang bakal terjadi? Apa yang akan Ryan lakukan? Siapa pula Aralyn?
Ha, korang kenalah tengok drama ni ya.
Info penuh drama Ryan Aralyn
JUDUL : RYAN ARALYN
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
PRODUKSI : Qaisworks Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil
Lagu-lagu yang menyinari drama ini adalah lagu Entah Apa nyanyian Sarah Suhairi dan Aepul Roza. Lagu lain adalah nyanyian Ande Bernade, berjudul Penat.
OST DRAMA RYAN ARALYN | Sarah Suhairi & Aepul Roza Lirik Entah Apa (Official Music Video)
Berikan aku waktu
Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini
Kau tinggalkan perlahan
Berikan aku raung
untuk aku meluahkan
rasa yang mendalam
Rasa yang takkan pernah
kau faham
Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu
Entah bila akan aku temukan
semua bahagia
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan
Haruman ini melemparku pergi
kembali pada bila
ku cuba melepaskan semua
Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu
Entah bila akan aku temukan
semua bahagia
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan
Berikan aku waktu
untuk aku meluahkan
apa rasanya hati ini
yang kau bunuh perlahan
Selain lagu Entah Apa nyanyian Sarah Suhairi dan Aepul Roza ini, lagu Penat nyanyian Andi Bernadee juga menjadi lagu latar (ost) bagi drama ini.
Lirik Lagu Penat - Andi Bernadee (Ost Drama Ryam Aralyn)
Ku hanya mampu
Memberi secebis dari semua
Ku takut akan
Janji
Yang Diberi atau terima
Aku tahu tiada
Pelangi di langit yang gelap
Tapi aku masih
Mencari bintang
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu
Baca juga SINOPSIS DRAMA RYAN ARALYN :
https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/09/sinopsis-drama-ryan-aralyn-lakonan-zul.html?m=1
Aku tak mahu kau bersedih
Janji ku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu
Untuk kita bersama
Disini la tempat dimana kau rehat
Jika kau terluka akulah ubat
Ukiran tersenyum
Melihat engkau
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu
Hanya untukmu
0 Comments