Friday, October 30, 2020

Gambar terbaru Neelofa berniqab

Gambar terbaru Neelofa berniqab. Assalamualaikum. Cik Rose akui, Cik Rose memang peminat Neelofa. Selalu je repost gambar Neelofa di ig stories.  

Suka karakter Neelofa. Inspirasi wanita gitu! Jatuh cinta dengan cara beliau ketawa juga. No cover-cover gitu. 


Baru-baru ni, Neelofa ambil keputusan untuk mengumumkan yang beliau telah berniqab. Cantik! 


Gambar terbaru Neelofa berniqab.





Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

"Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.






Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan.

"Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja.

"Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab," katanya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik.

"Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.

"Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik," katanya.



Sumber : Berita Harian 




2 comments:

  1. moga dia istiqmah, kita ni nak jadi macam dia nak ikut jejak langkah dia entah bila lah agaknya kan

    ReplyDelete
  2. Cantik Neelofa berniqab. Suka juga tengok nampak fashionable walaupun aurat terjaga.

    ReplyDelete