Friday, October 30, 2020

Separuh Akhir The Masked Singer Malaysia di Astro Warna

Separuh Akhir The Masked Singer Malaysia di Astro Warna. Assalamualaikum. Diam tak diam, rancangan The Masked Singer Malaysia menuju ke peringkat separuh akhir pada malam ini. 

Siapa bakal ke peringkat akhir? Siapa yang bakal tersingkir pada malam ini. Tinggal lagi 6 peserta yang bakal berentap malam ini. 



Ada yang menonton rancangan The Masked Singer Malaysia? Siapa pilihan korang? Adakah Rafflesia, Enggang,  Wau, Rajah Brooke, Bunga Raya atau Orang Utan? 


Jom teka siapa di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia.


Cik Rose saja-saja teka yer. Tak tahulah betul ke tidak. hihi. 


Rafflisia - Datin Paduka Eina Azman 



Wau - Datin Alyah



Rajah Brooke - Shila Amzah




Orang Utan - Azad Jazmin / Kamal Adli



Bunga Raya -  Aina Abdul / Shiha Zikir



Enggang - Vince AF1




Lagu yang bakal dinyanyikan pada malam ini adalah :


Orang Utan - Seribu Tahun (Imran Ajmain)

Enggang - Uptown Punk (Bruno Mars)

Wau - Bunga-bunga Cinta (Misha Omar)

Rafflesia - I will survive & survivor 

Bunga Raya - Gemilang (Jaclyn Victor) 

Rajah Brooke - Bukan Dia Tapi Aku (Judika) 





Cik Rose tengok juga rancangan ni. Bolehlah layan jugak. Main teka-teka. Bab peserta dan pengacara dah best dah..Bila bab juri ni, geram je rasa! Menahan geram tu sampai kan Cik Rose terpaksa mute tv masa juri dok teka. Entah apa-apa je la yag di teka. Ella dan Pak Nil ok sikit. Rasional la jugak. 




Sedikit perkongsian, dari Astro Gempak: 


Program ‘The Masked Singer Malaysia’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri yang menampilkan para peserta yang terdiri daripada nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni. Kesemua 12 peserta misteri ini akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri yang juga figura dihormati dalam industri.


‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai. 


Untuk musim pertama ini, seramai sembilan (9) orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap dan mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.


Masih mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara musim pertama.


Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda? Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam! Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Barisan Peserta Yang Telah Tersingkir :


Nasi Lemak




ABC



Rimau




Musang King





Ayam Jantan




Reno





Jangan lupa saksikan di Astro Warna, jam 9 malam pada hari Jumaat. 



#theMaskedSingerMalaysia


1 comment:

  1. akak pun terpikir yang raflesia tu eina azman sebab gaya sebutan dia tu... yang bunga raya tu akak pikir shiha zakir sebak kegedikannya tu... yang lain2 tu akak blur lagi... hahhaha

    ReplyDelete