Thursday, November 26, 2020

RESTORAN NASI KANDAR HUSSAIN |SARAPAN PAGI TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

RESTORAN NASI KANDAR HUSSAIN |SARAPAN PAGI TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH.


Assalamualaikum. 

Sarapan pagi di Restoran Nasi Kandar Hussain, Sungai Petani, Kedah. Di cawangan Pekan Baru, jadi pilihan Cik Rose.


Kalau Cik Rose balik kampung, mesti akan singgah ke Restoran Nasi Kandar Hussain ni. Dah jadi satu kebiasaan pula. 





MENU YANG ADA DAN BEST DI RESTORAN NASI KANDAR HUSSAIN SUNGAI PETANI, KEDAH


Banyak menu yang ada di Restoran Nasi Kandar Hussain ni. Special uols! Antaranya Nasi Lemak. Sedap nasi lemaknya. Disajikan dengan telur mata dan juga ayam goreng. Hanya RM3.50! 

Selain tu, ada menu roti. Sebut sahaja nak roti apa. Roti kosong, roti telur, capati, roti tisu, tosai, roti jala dan banyak lagi! 

Menu pilihan Cik Rose kali ini adalah Roti Jala. Sedapnya. Makan dengan kari ayam. 
Kalau nak roti bakar pun ada. Juga telur separuh masak. 

Kuih? Ada juga. Kuih muih dalam bekas polistrin kecil hanya RM1.20. Kuih masalodeh dan vadai pun ada.  Sedap, makan panas-panas! 




Air yang jadi pilihan Cik Rose sudah tentulah Nescafe Ais. Kaw kaw airnya. Sedap. Suami pula Nescafe panas. 



TERDAPAT SUSU LEMBU SEGAR DAN SUSU KAMBING SEGAR


Pelbagai air ada kat sini. Yang uniknya ada susu lembu segar dan susu kambing segar! Ramai penggemarnya rupanya. 


Yang berhajat nak rasa susu lembu segar dan mencari-cari tu, bolehlah singgah ke Restoran Nasi Kandar Hussain ni. 




Lihat saja rupa Roti Jalanya. Lembut di tengah, dan garing di tepi. Makan pula dengan kari ayam. Memang terangkatlah! Kuahnya memang ada isi ayam dan kentang. Puas hati. 



MAKANAN SEDAP, KEDAI BERSIH DAN SERVIS PANTAS HANYA DI HUSSAIN NASI KANDAR


Restoran ni memang ramai penggemarnya. Penuh sahaja. Iyalah, makanan sedap, restoran bersih dan servis cepat, memang ramai yang akan singgah dan terus ulang singgah. Harganya juga sangat berpatutan. 

Ini baru menu sarapan pagi. Belum Cik Rose cerita menu tengahari lagi. 

Nasi kandar dengan pelbagai jenis menu ada. Aneka pilihan masakan ayam, ayam kampung, burung puyuh, ikan, daging, sotong, udang, kambing, sayur-sayuran dan banyak lagi! 

Pilih sahaja. Memang puas hati. Selalunya Cik Rose akan pilih ayam madu dan kuah campur. Itulah menu yang akan di ulang-ulang. 

Selain nasi putih, ada juga nasi beriani. Emmmm lagi sedap! 



NASI BERIANI YANG SEDAP DI SUNGAI PETANI, KEDAH 


Kat bawah ni, nasi beriani pilihan Cik Rose. Cumanya Cik Rose pilih lauk sotong goreng dan telur masin. Saja ubah selera sebab dah jemu makan lauk ayam. 




Kalau balik Sungai Petani, memang akan pergi Hussain jer. Tak cari kedai lain dah. hikhik. 


Oh ya, korang ada tengok tak video yang viral berkenaan seorang lelaki yang bagi burung makan tu? Lokasinya di sinilah! Di hadapan restoran ni. 


Masa Cik Rose tengok video yang viral tu, terimbau kembali kenangan di restoran ni. Rindu nak balik kedah masa tu. Maklumlah Cik Rose kan jadi anak perantau di Johor. 



Lokasi Restoran Nasi Kandar Hussain : 


Jalan Mawar Z, Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Ada banyak cawangan Restoran Hussain di Sungai Petani, tapi yang selalu Cik Rose pergi di cawangan Pekan Baru ni. 




#HussainNasiKandar
#SungaiPetani



4 comments:

  1. cantik nampak roti jala nyer, cikrose.
    cantik begitu, rasa sure marveles, kan :)
    aduh. nescafe tu - feveret! dah seminggu ni tak num nescafe.
    pantangkan diri dari air manis hu h hu hu hu...

    aida lom lagi jejak kaki di SP.
    ntah bila la nak jelajah kedah pula...
    covid-19 ni makin berantai-rantai.
    menakutkan nak berjalan sana-sini.

    ReplyDelete
  2. Istimewa betul tu ada susu lembu dan susu kambing segar!

    ReplyDelete
  3. sejak pindah balik kg ni lagi jauhla dengan restoran nasi kandar..
    mmg ada je tapi xkan sama dengan yang di utara hewhew..

    ReplyDelete
  4. Nanti habis Pkp akak nak ajak suami mai makan sini la..

    ReplyDelete