Thursday, November 19, 2020

TONTON DRAMA SANG PEWARIS LAKONAN BEN AMIR DAN AMYRA ROSLI DI TV3 (EPISOD 1 HINGGA EPISOD 13)

TONTON DRAMA SANG PEWARIS LAKONAN BEN AMIR DAN AMYRA ROSLI DI TV3 (EPISOD 1 HINGGA EPISOD 13)





DRAMA TERBARU DI SLOT LESTARY DI TV3


Drama terbaru di TV3 dalam Slot Lestary, berjudul Sang Pewaris. Drama ini bakal ditayangkan bermula 26 November 2020, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Membariskan pelakon pujaan ramai iaitu Ben Amir selaku hero dan Amyra Rosli sebagai heroin. 


Turut membintangi drama ini adalah Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin.



GANDINGAN MANTAP AMYRA ROSLI DAN BEN AMIR DALAM DRAMA SANG PEWARIS


Tak sabar rasanya nak menonton drama ni. Macam best je bila Cik Rose tengok sedutan drama ni di instagram. Maklumlah, Cik Rose ni suka kalau drama yang Amyra Rosli berlakon. Amyra ni sweet, tapi muka nampak garang. hihi.





TONTON FULL EPISODE SANG PEWARIS DI TV3

JUDUL : SANG PEWARIS

EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin



BARISAN PELAKON DAN WATAK BAGI DRAMA SANG PEWARIS



WATAK PELAKON

Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah 
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi






Macam mana agaknya jalan cerita drama ni? Ha, Cik Rose akan kongsikan dengan korang sinopsis pendek drama ni dengan korang.



SINOPSIS DRAMA SANG PEWARIS LAKONAN BEN AMIR DAN AMYRA ROSLI


“Dah baiki?” Soal Zara (Amyra Rosli). Ada kedinginan di sebalik nada suaranya.

Ali (Ben Amir segera menjatuhkan buaian yang disangkutnya di dahan pokok mangga.

“Sudah Cik Zara. Sudah... Saya dah uji pun...Saya sendiri yang naik petang semalam...” ujar Ali sambil membetulkan buaian itu.

Zara mendekati buaian itu. Tangannya juga meneliti tali yang sudah ditukar. Keningnya terjungkit, kemudian dia memandang Ali yang sedang tersenyum manis.

“Jemputlah naik... Jangan bimbang... Kalau jatuh, kali ni saya ada...” bukan main gatal mulut Ali nak mengaku yang dia sedia berkhidmat untuk Cik Zaranya...

"Kalau tali ni putus sekali lagi, gaji awak yang saya tolak...” ugut Zara tanpa riak di wajah. Kedua-duanya saling berpandangan. Ali mengukir senyum lalu angguk.

“Setuju...” selamba Ali menjawab sekaligus meyakinkan Zara bahawa buaian itu sudah kukuh.

Zara terus naik ke dalam buaian. Kakinya diundur setapak dua ke belakang, kemudian kakinya diangkat. Kali ini buaian itu menderu laju berhayun dari belakang ke depan, dari depan ke belakang. Zara mula mengukir senyum.

Hatinya tak semena-mena bertukar riang. Terasa mahu ketawa bila dirinya lepas bebas berhayun di atas buaian. Patutlah budak-budak suka ketawa bila naik buaian. Ada satu macam perasaan seronok bila kita berada di awang-awangan. Seronoknya jika tidak berpijak di bumi yang nyata. Kan?

Melihat Zara yang tersenyum meleret, hati Ali turut menjadi senang. Buat pertama kalinya, dia nampak senyuman di bibir Zara sejak dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini. Rupa-rupanya tidak susah hendak membuat gadis ini tersenyum. Bila dilihat buaian Zara yang semakin perlahan, Ali tanpa segan silu menolak tali buaian dari belakang agar hayunan buaian kembali laju.

“Hahahah..!!” Tanpa sedar Zara mengekek ketawa apabila buaian mencecah ketinggian yang agak tinggi dari sebelumnya. Rasa seronok. Semakin laju Ali menolak bila dia melihat senyuman di bibir Zara sudah bertukar menjadi tawa yang manis.

“Wah...lajunya...!!!” Zara menjerit riang.

Ali tolak lagi. Kali ini lebih kuat. Ada anak rambut yang terbang lalu melekat di mata Zara. Tanpa dia sedar, Zara melepaskan pegangan tangannya dari tali buai.






Kalau korang nak tahu, drama Sang Pewaris ini adalah adaptasi dari sebuah novel nukilan Fizziany, juga berjudul Sang Pewaris. Ada yang dah baca ke novel ni? Macam maman, best tak?

Cik Rose sertakan sinopsis Novel Sang Pewaris karya Fizziany.



SINOPSIS NOVEL SANG PEWARIS





Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!


HARGA NOVEL SANG PEWARIS RM35.00 , BOLEH DAPATKAN DI SHOPEE.



OST DRAMA SANG PEWARIS DI TV3

*AKAN DIKEMASKINI




#SANGPEWARIS

1 comment:

  1. lama tak follow drama melayu tapi yang Ben Amir blakon ni macam best hehe..
    suka gak tngk dia blakon..

    ReplyDelete