Thursday, September 02, 2021

Kembali menulis setelah lebih 2 bulan berehat

Assalamualaikum. 

Apa khabar semuanya? Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. Moga Allah sembuhkan insan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. 


Lebih 2 bulan tidak menulis di blog ini. Ke mana perginya Cik Rose? Ada sahaja, Alhamdulillah baik-baik di sini. Cumanya entah kenapa tidak rasa mahu mencoretkan apa-apa di sini. 


Ada sahaja berkongsi cerita di instagram, facebook dan kadang-kadang di tik tok. 


Dalam tempoh 2 bulan ini, macam-macam yang berlaku. Ada suka, ada duka. Semuanya asam garam kehidupan. Jalani sahaja dengan hati terbuka. 


Kali terakhir Cik Rose menulis mengenai sinopsis drama Takbir Semalam pada 21 Jun 2021. Ya, drama itu amat menyentuh hati ini. Dan perjalanan drama itu, Cik Rose coretkan untuk dijadikan kenangan sendiri. 




ANGIN BARU 


Pertukaran tempat bertugas sedikit sebanyak mengganggu emosi Cik Rose. Biasalah dapat berita dalam keadaan mengejut memang membuatkan kita jadi terusik. Macam-macam cerita di sebaliknya, namun hati ini tak mahu terus-terusan melayan perasaan. Hati ini belajar untuk menerima. Dan bila kita menerima, kita jadi tenang. Bila tenang, kita jadi positif. Bila positif, kita lebih gembira. 


Alhamdulillah. 

Banyak perkara berbeza, dan diri ini masih belajar. Moga dipermudahkan. 


Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Bertemu dan berpisah adalah lumrah biasa. Setiap manis dan pahit akan tersemat di hati ini. Terima kasih untuk segalanya. 




Selamat tinggal Jabatan lama, dan Hai Jabatan baru. hihi. 



HADIRNYA MUFFIN TIDAK DIRANCANG


Mesti ramai yang dah tahu tentang Kitty kan. Cik Rose mula jaga Kitty pada bulan Mei 2020. Kitty datang pada awal PKP. Dari seorang yang takutkan kucing, kini Cik Rose dah tak takut pada kucing. 






Kitty bukan sekadar kucing. Dialah peneman, penjaga, intan payung Cik Rose. Siapa sangka Kitty yang sememangnya garang, menjadi amat manja dengan Cik Rose. 




Bulan Julai, Muffin pula menjadi penyeri di rumah Cik Rose. Alhamdulillah dah ada dua ekor kucing. Abang Kitty dan Adik Muffin. Moga keduanya sihat dan berbaik selalu. Ieja sayang semua. 


Jarak hanyalah jarak, kata orang. Namun, hati ini pedih. 


Hati ini sememangnya rindu pada keluarga di Merbok. Entahkan bila kita semua dapat merentas negeri berjumpa mak ayah dan keluarga di kampung. Allah, jagakan mereka. 


Moga kita dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang sudah sekian lama kita tidak jumpa. Rindu tak tertahan. Telefon menjadi penghubung. 


Tragedi Kepala Air Gunung Jerai


Sungguh, amat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Tragedi Kepala air Gunung Jerai yang membuatkan kawasan sekitarnya, Yan dan Merbok dilanda banjir lumpur. 




Rumah keluarga Cik Rose juga terlibat di Merbok. Terkejut melihat keadaannya. Hati ni risau sangat dan hanya dapat melihat dari jauh. Allahuakbar. Sedih melihat keadaan banjir tersebut. 



Cik Rose dan Young Living.


Semakin bertambah koleksi minyak essential Young Living di rumah. Tak tahan godaan sungguh. Ada sahaja yang nak ditambah! 




Sekian, sedikit  rumusan. hihi. Nanti di entry lain, bolehlah Cik Rose kupas lebih sikit. Cukup sampai di sini sahaja kali ini. 


Terima kasih sudi hadir, meluangkan masa membaca sedikit perkongsian ini.  








3 comments:

  1. Selamat kembali Cik Rose.
    Gebunya cik Kitty tu..
    Semoga dipermudahkan segala urusan Cik Rose.

    ReplyDelete
  2. Selamat datang kembali pada aktivitas menulis. Semoga diberi kesehatan ya.

    ReplyDelete