Ticker

6/recent/ticker-posts

MAKAN MANA | MAKAN MALAM DI RAMLY KOPITIAM BATU PAHAT

MAKAN MANA | MAKAN MALAM DI RAMLY KOPITIAM BATU PAHAT. Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Moga baik-baik semuanya. Moga sihat-sihat semuanya. 


Cik Rose nak kongsikan satu tempat makan di Batu Pahat. Ramly Kopitiam. Orang Batu Pahat mesti tahu kedai ni kam. Pada waktu pagi, meriah di kedai. Terletak berhampiran pasar pagi. Memang jadi tumpuan orang Batu Pahat. 


Kalau datang pagi, memang ramai sangat orang. Menu yang ada pun macam-macam. Nasi lemak, lontong, roti bakar, mee rebus, soto, aneka nasi lemak,mee dan mihun yang di bungkus dengan daun pisang. Dan yang special adalah sate! Kalau nak senaraikan menunya, banyak. Hihi. 


Kopi di kedai ni sedap! Walau cawan kecil, puas hati lah. 


Minggu lepas, Cik Rose ke Ramly Kopitiam. Tapi bukan waktu pagi. Cik Rose ke sana lewat petang. Sekitar jam 6 lebih. Kalau waktu petang dan malam, konsep di sini adalah layan diri. Kita order di kaunter air. Tunggu sekejap, siap terus bayar. 


Tadaaa: 


Cik Rose dan suami order roti bakar, kopi panas dan nescafe panas. Makan juga nasi lemak daun pisang. Sedapnya sambil-sambil ambil angin dan berbual. Dengan cuaca yang sejuk, minum kopi panas. Nikmat. Nasi lemak tu pula masih panas. Lagilah bertambah selera ni. 


Untuk yang berkunjung ke Batu Pahat, kalau nak rasa kopi yang sedap dan suasana makan yang simple, bolehlah berkunjung di Ramly Kopitiam ya.

Cik Rose kongsikan alamat Ramly Kopitiam ni: 

Ramly Kopitiam
Jalan Pasar Melayu, 83000 Batu Pahat (Sebelah Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat), Johor


Selamat menjamu selera! 


Post a Comment

0 Comments