Wednesday, February 01, 2023

1 FEBRUARI 2023 - MASA BERLALU MENINGGALKAN KITA

Assalamualaikum. Hari ini, 1 Februari 2023. Hari Rabu, bersamaan dengan 10 Rejab 1444H. Sungguh pantas masa berlalu. Sudah melangkah ke bulan kedua di tahun 2023. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja. 


Benarlah orang kata, masa sama sekali tidak akan menunggu kita. Bahkan kita yang seakan mengejar masa. Januari berlalu dengan penuh rasa sayu. Betapa hati ini masih terluka, masih berbekas. Namun, sedaya upaya kututupinya. Ku simpan kemas di dalam sudut hati. Sesekali hati ini tak tertahan. Mengalir jua air mata laju membasahi pipi. Di kala sendirian, meraung juga diri ini. Mengingati semua  yang terjadi. Penyesalan tiada gunanya. 


Serba tak kena. Terkadang hati ini tenang, setenang lautan sepi. Tiba-tiba hati ini bergelora. Lumrah insan. Moga semuanya dipermudahkan, semuanya baik-baik sahaja. 

Di sini, Cik Rose kongsikan Zikir Harian. Moga bermanfaat buat semua.



Rindu pada yang telah tiada memang sakit. Sedangkan rindu yang terpisah dek jarak pun telah membuatkan hati ini sakit, apatah lagi rindu pada yang telah tiada.


Cik Rose mohon kepada semua  yang membaca entry ini untuk membacakan Al Fatihah, Al Ikhlas dan bacaan ayat Al Quran yang lain untuk arwah emak dan kakak Cik Rose. Terima kasih. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan semua.


Moga suami, ayah, adik beradik, anak-anak saudara dan keluarga Cik Rose baik-baik sahaja. 


luahan Januari 2023,

Cik Rose


2 comments:

  1. Tq cik rose share zikir harian yg cantik tu... boleh print lekat kat bilik anak²

    ReplyDelete