Assalamualaikum. Masak sendiri di rumah atau beli sahaja di kedai? Pilihan di tangan masing-masing. Setiap dari kita punya alasan tersendiri sama ada untuk masak di rumah atau mahu beli sahaja di luar. Tak perlu kita membanding-bandingkan pilihan yang berbeza.
Cik Rose sendiri adakala masak sendiri, dan ada masanya beli sahaja di kedai. Untuk keluarga besar, memang lebih jimat dan puas kalau masak sendiri. Boleh bertambah-tambah makan, dan lebih jimat beli lauk basah di pasar. Tetapi, untuk sorang dua di rumah, lebih baik beli sahaja. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit.
Hari berkerja, Cik Rose memang beli sahaja di kantin. Tetapi, ada hari-hari tertentu Cik Rose bawa bekal. Kadang-kadang teringin lauk tu, lauk ni. Tu yang masak sendiri sahaja.
Di bawah ni, antara juadah ringkas yang Cik Rose sediakan. Sambal ikan dan sotong goreng kunyit. Nama je juadah ringkas. Tapi, makannnya tetaplah bertambah. Hikhik.
Dalam memasak ni, tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Masing-masing ada cara tersendiri nak masak. Masing- masing ada resepi tersendiri dalam setiap penyediaan makanan. Tak perlulah kita kritik cara orang lain memasak jika tak sama dengan cara kita. Ya kan? Raikan sahaja perbezaannya.
Sotong goreng kunyit cara Cik Rose. Cik Rose memang akan campur sayur kalau masak sotong atau udang goreng kunyit. Kadang-kadang letak sayur kacang buncis, kadang-kadang letak lobak merah. Ada masanya letak ubi kentang. Letak jagung muda. Ikut apa yang ada dalam peti ais. Lagi mudah kan, kalau campur sayur siap-siap. Tak payah nak masak sayur asing dah. Kiranya macam dua dalam satu. Hihi.
0 Comments